Mengembara Lebih Jauh Pada Hari Raya Bersama Goodyear- Peluang memenangi sebuah Honda City beserta bekalan tayar selama 10 tahun

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Menurut Kementerian Kerja Raya, terdapat 10,000 kemalangan berlaku di jalan raya disebabkan oleh penggunaan tayar celup. Ini menunjukkan bahawa setiap pemandu atau pengguna jalan raya perlu untuk menukar tayar kederaan mereka dengan tayar baharu daripada para pengedar yang sah dalam memastikan keselamatan untuk sesi pemanduan mereka setiap hari.

Sebagai galakkan dan sokongan Good Year bersempena dengan Hari Raya yang bakal menjelma ini, Goodyear Malaysia menerusi Promosi (Ramadhan and Raya – Goodyear Win a car) menawarkan peluang untuk para pengguna di Malaysia untuk mendapatkan tayar baharu dengan satu tawaran menarik. Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Ben Hoge berkata, sebagai menyokong kempen keselamatan jalan raya, Goodyear sentiasa memberi peringatan kepada para pengguna untuk memeriksa tayar kenderaan mereka sebelum memulakan perjalanan. Bersempena dengan Hari Raya, Goodyear menyediakan harga istimewa dan berpatutan kepada seluruh pengguna.

Pada masa yang sama, Goodyear Malaysia juga ingin memberi ganjaran hebat kepada seorang pelanggan bertuah yang membeli model tayar terpilih dengan sebuah kereta Honda City baharu beserta bekalan tayar untuk jangka masa 10 tahun. Tempoh kempen ini bermula dari 1 Mei sehingga 30 Jun 2019.

Pelanggan boleh memilih salah satu daripada dua set berbeza yang ditawarkan semasa tempoh promosi – yang pertama menampilkan tayar kelas atasan termasuk rangkaian Eagle F1 Asymmetric, EfficientGrip, Run on Flat (ROF) dan Eagle F1 Directional 5 sementara pilihan kedua merupakan lebih mampu milik. Ia merangkumi rangkaian Assurance TripleMax, Assurance TripleMax 2, Wrangler TripleMax dan Optilife.

Antara tayar-tayar yang ditawarkan di bawah kategori tayar berprestasi adalah Eagle F1 Asymmetric 3, sejenis tayar Berprestasi Ultra-Tinggi yang direka untuk pengendalian di atas pelbagai keadaan permukaan jalan raya. Ia dilengkapi dengan Teknologi GripBooster untuk pengendalian dan daya pemberhentian yang lebih baik, selain Teknologi Reinforced Construction untuk ketepatan pengemudian dan daya tahan.

Sebahagian daripada promosi ini juga melibatkan tayar mewah paling senyap Goodyear, model Goodyear EfficientGrip Performance (EGP) dan tayar SUV. Kedua-duanya menawarkan inovasi Teknologi Quiet Tred, ActiveBraking, FuelSaving dan WearControl bersama tambahan Teknologi FlexContact dalam tayar Goodyear EGP SUV bagi menyediakan pengguna pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan menyeronokkan.

Tayar-tayar ini menawarkan serapan bunyi dan prestasi membrek yang cekap serta cengkaman yang dipertingkatkan dalam keadaan jalan basah, jarak berhenti yang lebih pendek, mengurangkan rintangan pusingan dan lapisan menyerap kejutan bagi mengurangkan getaran tayar bagi perjalanan yang bukan hanya selamat tetapi juga amat selesa. Siri tayar ini boleh didapati untuk kedua-dua kenderaan penumpang dan SUV.

Satu lagi tayar adalah rangkaian Goodyear Assurance TripleMax 2 (ATM2). Dihasilkan dengan Teknologi HydroTred terkini, ia membenarkan prestasi pembrekan kereta yang lebih baik, khasnya di atas jalan basah. Ia juga menyediakan rekaan bunga tayar yang simetri, menjadikannya mudah dan bersesuaian dengan sebarang keadaan, seterusnya menyediakan prestasi pengendalian dan keselesaan yang lebih baik untuk pemanduan yang selamat dan selesa.

Membeli sepasang tayar daripada salah satu model yang di bawah tawaran juga melayakkan pelanggan untuk satu undian cabutan bertuah hadiah utama. Sementara itu, bagi mereka yang membeli empat biji tayar daripada senarai tayar atasan pula boleh menebus seunit pengecas dalam kenderaan yang turut berfungsi sebagai penyegar udara.

Bagi menyertai cabutan bertuah berkenaan, para pelanggan hanya perlu mendaftar dalam program “Worry-Free Assurance” secara dalam talian.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen Hari Raya Goodyear,  layari laman web https://www.goodyear.com.my/ atau laman Facebook https://www.facebook.com/GoodyearMalaysia/.

 

 

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply