MC20 : Permulaan Era Baru Maserati

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

9 September 2020, Modena Itali- Maserati melangkah ke era baru dengan memperkenalkan kereta super sports terbaharu mereka. Gabungan ciri-ciri Maserati maka terhasillah MC20 dan bertemakan “MMXX: Time to be aucdacious” sewaktu pelancarannya.

MC20 bermaksud Maserati Corse 2020 adalah sebuah kereta yang dinantikan kerana, sebelum ini Maserati hanya memperkenalkan enjin yang akan dipasang pada kereta terbaharu mereka iaitu Nettuno. Enjin dengan 630 kuasakuda V6, 730 Nm tork, 1-100 km/h dalam 2,9 saat dan kelajuan sehingga 325km dalam satu jam. Dengan berat di bawah 1500kg ,penggunaan bahan carbon fibre berkualiti yang tidak mengorbankan aspek keselesaan.

Nettuno, enjin turbo berkembar V6 berteknologi MTC (Maserati Twin Combustion) telah mendapat anugerah patent antarabangsa. Revolusi projek ini telah bermula dengan rekaan MC20 yang dihasilkan di Modena dan akan di pasang dikilang Viale Menotti. Jurutera, pereka mengambil masa 24 bulan di Maserati Engine Lab dan Maserati Style Centre untuk proses penghasilan rekaan MC20.

Rekaan MC20 berpandukan sejarah jenama mereka iaitu keanggunan, prestasi dan keselesaan. Berpesonaliti dan unik adalah identiti Maserati.

MC20 mempunyai pintu rama-rama atau Butterfly Doors, berfungis untuk meningkatkan daya ergonomik kereta. Rakeaan ini memudahkan pemandu dan penumpang untuk keluar masuk ke kabin. Rekaan aerodinamik dibangunkan di Dallara Wind Tunnel. Spoiler belakang yang selari dengan badan kereta meningkatkan daya downforce. Rekaan rim bersaiz 20″ adalah berinspirasikan GranTurismo.

Memasuki bahagian dalam pula, Maserati mahu pemandu sentiasa fokus pada jalan raya , tidak terganggu dan sentiasa selesa di ruang kabin. Kereta yang tersedia untuk Litar Lumba tetapi masih selesa untuk perjalanan yang jauh. Skrin 10″ adalah untuk Maserati Touch Control Plus. Rekaan minimalis untuk pilihan mod pemanduan( GT, Wet, Sport, Corsa & ESC Off), 2 pilihan kelajuan, power window dan Sistem Multimedia berada di tengah- tengah konsol. Maserati Connect Program akan menghubungkan pemandu dengan sistem navigasi, Alexa dan Wifi melalui aplikasi pada telefon dan jam pintar.

Enam warna pilihan iaitu : Bianco Audace, Giallo Genio , Rosso Vincente , Blu Infinito , Nero Enigma dan Grigio Mistero. Warna- warna tersebut adalah eksklusif dan berkait dengan identiti dan kekuatan buatan Itali.

– prototaip MC20

MC20 sudah boleh ditempah sejak pelancaranya pada 9 september yang lalu. Unutk maklumat lanjut sila layari – https://www.maserati.com/my/en/models/mc20

Share.

About Author

Leave A Reply