Maserati Super Sports Car MC20 Membuat Debut di Auto China 2020

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kereta Super Sports Maserati yang baru dilancarkan di Itali membuat debut di Auto China 2020 dekat Beijing.  MC20 membuka jalan ke masa hadapan dengan inovasi, keunikan dan keberaniannya. Maserati juga mempamerkan Edisi terhad Ghibli Hybrid Fenice Limited dan Edisi Terhad PELLETESSUTA serta rangkaian MY20.

Rekaan MC20 yang elegan sememangnyer memikat di Auto China 2020. Dihasilkan 100% di Modena  dan dibina di kilang Viale Ciro Menotti yang bersejarah serta mewarisi warisan Itali. Maserati sangat berinovasi kearah masa depan jenamanya.

Gabungan teknologi Formula satu, terhasillah enjin Nettuno. Satu unit kuasa yang direka untuk kegunaan jalan raya tetapi berteknologi tinggi. Teknologi MTC atau Maserati Twin Combustion menghasilkan 630 kuasa kuda V6 dan tork 730 Nm. Memecut dari 0-100 km/j di bawah 2.9 saat dan mencecah kelajuan sehingga 325 km/j.

Maserati yang melalui sejarahnya selama 106 tahun, terus mengasah falsafahnya dengan menggabungkan  gaya kemewahan dan rekaan terkini namun tidak lari dari tradisi. Sepasang  pintu rama-rama ergonomic bukan hanya kosmetik tetapi sangat berfungsi.

Lencana Trident yang melambangkan perlumbaan bagi Maserati, pastinya MC20 akan dipandu dengan keseronokan yang maksimum. Monocouqe carbon fibred an system gantungan Double-wishbone serta system peredam aktif akan memberikan prestasi terbaik, walau bagaimanpun cirri-ciri keselesaan tetap diutamakan. Maserati berinovasi dengan cermin pandang belakang digital tanpa bingkai untuk memastikan penglihatan yag jelas kepada pemandu

MC20 turut dilengkapi dengan system MIA (Maserati Inlelligent Assistant) dan program Maserati Connect yang baru. Pemandu boleh menikmati Infotainment melalui skrin sentuh 10.25” secara real-time sepenuhnya. MC20 menawarkan 6 pilihan warna, iaitu Bianco Audace, Giallo Genio, Rosso Vincente, Blu Infinito, Nero Enigma dan Grigio Mistero.

Maserati mengambil langkah melihat kea rah akar umbi dengan meneruskan legasi MC12 dan dengan MC20 melambangkan kepulangan Maserati ke dunia perlumbaan. Maserati turut mengembangkan jenamanya dengan SUV baru Grecale.

Ghibli Hybrid turut diperkenalkan di Auto China 2020. Maserati bersemangat untuk meneroka teknologi kereta elektrik sebagai menandakan era baru. Pesanan untuk Edisi Terhad Ghibli Hybrid Fenice turut dibuka.Edisi Terhad Quattroporte dan Levante PELLETESSUTA juga dipamerkan. Melalui program Maserati FUORISERIE, mereka cuba menyesuaikan setiap Maserati supaya menepati selera unik setiap pelanggan. Lambang Trident akan terus membawa produk dan pengalaman yang luarbiasa  tetapi masih mematuhi nilai teras Maserati : Inovatif oleh Alam, Unik Oleh Reka Bentuk , Dikuasakan oleh Semangat.

Share.

About Author

Leave A Reply