Maserati Nettuno : 100% Enjin Maserati dengan Teknologi F1 untuk kereta di jalan raya.

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Maserati Nettuno : 100% Maserati : 100% Buatan Modena, Itali. Enjin futuristik ini dibina oleh Juruteknik dan Jurutera pasukan Maserati , rekaannya juga mendapat perlindungan daripada Hakcipta Antarabangsa. Spesifikasi teknikal sudah disahkan untuk enjin baru ini. Ciri-ciri teknologi F1 meningkatkan keupayaan enjin, menambah prestasi dan mengurangkan konsumsi. MC20 super sportscar adalah kereta Maserati yang akan menggunakan enjin ini dan akan muncul di acara ‘MMXX: The time to be audacious’ pada 9 & 10 September di Modena Itali.

Selepas dua puluh tahun, Maserati sekali lagi bersemangat menyahut cabaran untuk kembali ke Modena HQ dengan pengembangan dan penghasilan mesin baru, berteknologi dan berprestasi tinggi. Model MC20 akan yang akan memulakan produksi pada tahun-tahun mendatang dan sistem pendorong inovatif serta program-program yang akan dikembangkan oleh Casa del Tridente akan diumumkan.

Unit kuasa baru ini ialah binaan V90° , 3 liter 6 silinder turbo berkembar dan berciri Dry Sump (rumusan klasik untuk Super Sportscar). Ia menghasilkan 630CV pada 7500rpm dan 730Nm tork dengan spesifik pengeluaran kuasa 210CV per liter.

Jiwa mesin adalah sistem pembakaran pra-ruang inovatif yang mempunyai palam pencucuh berkembar. Teknologi ini berasal dari Formula 1 dan kini tersedia, untuk pertama kalinya, pada mesin yang diperuntukkan untuk jalan raya.

Pra-ruang sistem pembakaran yang inovatif mempunyai palam pencucuh berkembar adalah jiwa enjin ini. Teknologi daripada Formula 1 ini buat pertama kalinya diletakkan pada kereta yang direka untuk kegunaan di jalan raya.

3 ciri utama enjin Nettuno adalah:

1. Pre-Chamber : Ruang pembakaran diatur antara elektrod pusat dan ruang pembakaran tradisional , ianya dihubungkan oleh serangkaian lubang yang direka khas.

2. Lateral sparkplug : Palam pencucuh tradisional berfungsi sebagai sokongan untuk memastikan pembakaran berterusan semasa enjin beroperasi walaupun pre-chamber tidak diperlukan.

3. Twin injection system – direct and indirect (Sistem suntikan berkembar – langsung dan tidak langsung): dihubungkan dengan tekanan bekalan bahan bakar pada 350bar, sistem ini mengurangkan kebisingan yang rendah pada julat putaran, menurunkan pelepasan dan meningkatkan penggunaan.

Enjin “Made in Modena” baru dan MC20 Super Sportscar akan membawa Maserati kembali ke dunia perlumbaan.

Spesifikasi Enjin :
Pengilang : Maserati
Enjin : V6 90°
Jumlah Anjakan : 3.01
Bore / Stroke : 88 x 82 mm
Nisbah Mampatan : 11.1
Firing Order : 1-6-3-4-2-5
Kuasa Maksimum : 630CV @ 7500 rpm
Tork maksimum : 730Nm @ 3000-5500 rpm
Rev Maksimum enjin : 8000 rpm
Turbochargers : Turbo berkembar, Electronic Actuated Waste Gate
Sistem Penyalaan : Pencucuh berkembar dengan pre-chamber
Pam Pelincir : Fully Variable oil pump
Sistem Pelincir : Dry Sump + Scavenge pump & External oil tank
Sistem Bahan Api : PDI (Direct Injection 350bar + Port Injection 6bar)
Valvetrain & Timing : Double Over Head Camsaft , Variable valve
Lebar Enjin : 1000 mm
Tinggi Enjin : 650 mm
Panjang Enjin : 600 mm
Jisim Enjin : <220 kg
Tahap Pelepasan : EU6D/China 6B/Ulev 70

Untuk maklumat lanjut sila layari : https://www.maserati.com/my/en/official-dealer

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply