Malay Diecasters Community (MDC)

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Bagi penggemar dan pengumpul mainan kecil ataupun diecast, adalah satu kepuasan jika mereka dapat berkumpul dan bertukar-tukar pandangan dengan rakan-rakan yang memiliki minat sama seperti mereka. Ianya bukan sahaja dapat berkumpul malah mereka juga lebih dipermudahkan dalam mencari koleksi-koleksi terbaharu idaman mereka.

Barangan yang dimiliki oleh mereka bukanlah biasa-biasa. Boleh dikatakan setiap koleksi yang dimiliki oleh para pengumpul diecast ini kebanyakkannya mencecah harga ribuan ribu ringgit. Namun, demi minat, mereka semua sanggup berhabis dan memburu idaman hati mereka ke seluruh pelusuk dunia. Dengan rangkaian yang ada seperti Malay Diecasters Community ini, ternyata ianya telah banyak membantu dan merealisasikan impian para peminat dan pengumpul hobi ini.

Diterajui oleh presiden baharu iaitu saudara Yazid YFR, baru-baru ini Malay Diecasters Community telah mengadakan TT pertama mereka bersempena pelancaran baju dan pelekat rasmi bagi tahun 2019. Acara ini telah dihadiri oleh beberapa orang ahli yang telah datang dari sekitar Lembah Klang, Melaka serta beberapa negeri yang terdekat.

Semasa acara ini juga, kesemua ahli yang hadir telah mempamerkan beberapa koleksi ‘diecast’ mereka yang benar-benar mengiurkan. Dari sekecil-kecil koleksi ‘moto cub’ dan kereta hinggalah kepada motosikal berukuran 1:12, ianya merupakan satu hobi yang benar-benar menguji kesabaran seseorang pemilik itu bukan sahaja untuk mendapatkannnya, malah mereka juga perlu tahu bagaimana untuk menjaga dan mengendalikan koleksi kesayangan mereka ini.

Menurut salah seorang dari mereka, setiap koleksi dijaga sama seperti menjaga nyawa beliau sendiri. Ada kebanyakkan darinya sudah lagi tiada dalam pasaran dan mempunyai nilai yang semakin meningkat setiap tahun.  Jika diperhatikan, setiap buatan pada koleksi-koleksi ini benar-benar dibuat menyerupai yang asal lebih-lebih lagi pada ruangan enjin. Maka tidak hairanlah jika harganya dalam kategori yang bukan mampu milik.

Diharapkan, untuk acara akan datang, TT Malay Diecasters Community ini akan disertai oleh lebih ramai ahlinya serta para peminat hobi yang tidak pernah membosankan ini.

Malay Diecasters Community

Presiden : Yazid YFR

Naib Presiden : Nurli Izwan

Bendahari : Mohd Faizal TTD

AJK TT : Hood Ismail & Qamarul Akmal

AJK Cenderamata : Edy Aziz & Nur Hasnan Mustapha

AJK Media Sosial : Syat Ardeep & semua mantan presiden MDC

Foto : Khuzrat Omar@Doe Al Khattab

Share.

About Author

Leave A Reply