LITAR ANTARABANGSA SEPANG (SIC) – SEMUA ACARA DITANGGUHKAN ATAU DIBATALKAN SEHINGGA NOTIS LANJUT

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Selaras dengan arahan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, berkenaan dengan situasi COVID-19, KBS telah memutuskan agar semua jenis perhimpunan, program dan acara yang dianjurkan atau diluluskan oleh KBS mahupun agensi-agensi di bawah seliaan KBS perlu ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April 2020. Keputusan ini telah diambil atas sebab keutamaan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan para belia dan atlet-atlet sukan untuk mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 yang semakin menular.

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengambil perhatian serius mengenai kesihatan dan keselamatan awam dan berdasarkan nasihat dari kerajaan, semua acara di SIC akan dibatalkan atau ditangguhkan serta merta sehingga notis selanjutnya.

Menurut keputusan di atas, acara seperti latihan Asia GT, Malaysia Speed Festival (MSF) dan Desmo Cup pada hujung minggu ini, 14 dan 15 Mac yang lepas telah pun dibatalkan. Pusingan pertama dan kedua Malaysia Championship Series (MCS) yang dijadualkan pada 27 hingga 29 Mac dan 10 hingga 12 April juga Malaysia Superbike Championship (MSBK) dari 2 hingga 5 April 2020 turut ditangguhkan ke tarikh baru.

SIC juga ingin menasihati semua untuk menitik beratkan keselamatan dan kesihatan diri dan elakkan diri dari berada di kawasan yang sesak. Jika merasa tidak sihat, dapatkan nasihat dari doktor atau pegawai perubatan secepat mungkin. SIC akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Motorsports Association of Malaysia (MAM) untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai situasi COVID-19 ini.

Kredit Foto : roadracingworld.com

Share.

About Author

Leave A Reply