Kembara Kelab Pemilik Alfa Romeo Malaysia ke Beijing China

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Acara pelepasan misi kembara dari Kuala Lumpur ke Beijing China oleh Kelab Pemilik Alfa Romeo Malaysia telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada 31 Mac yang lepas. Kembara ke China ini merupakan yang ke tiga selepas Kunming pada tahun 2011 dan Lijiang pada 2016.  Expedisi Ke Beijing sejauh 6,130 kilometer ini akan merentasi 3 buah negara, lebih 6 wilayah dan hampir 15 bandar utama di sepanjang perjalanan.  Ini merupakan destinasi pertama paling jauh yang pernah dicuba oleh kelab permotoran Malaysia ini.

“Sebagai sebuah kelab permotoran berdaftar sejak 26 tahun yang lepas, sudah tiba masa kita meneroka jauh ke China bagi menunjukkan kemampuan dan kemahiran ahli kelab dalam pemanduan jarak jauh, merentasi rintangan pada persekitaran berbeza serta keahlian kehebatan dalam aspek teknikal kenderaan Alfa Romeo yang dipandu”, kata Penaung Kelab Pemilik Alfa Romeo Malaysia, YBhg. Datuk Seri Noormustafa Kamal Yahya.

Dari kiri – Ron Nathan, Dato’ Muhammad Saifullah Noor (Naib Presiden Kelab), Ir. Othman Zainal (Presiden), Datuk Seri Noormustafa Kamal Yahya (Penaung Kelab), Rasyid Karyeo and Ron Lim (Pengarah Teknikal)

‘Kesemua kereta peserta telah melalui pemeriksaan teknikal lengkap untuk memastikan tiada masalah utama sepanjang kembara ini.  Alat gantian turut dibawa beserta sokongan seorang mekanik yang diharap dapat membantu jika diperlukan” kata dari En. Rasyid Karyeo, Pengarah Teknikal kembara ini.

6 buah kereta Alfa Romeo dari pelbagai model (Alfa Romeo 156 GTA, 166, GT, Spider) serta sebuah kereta Fiat Stilo dipandu oleh ahli-ahli kelab dari Malaysia dan Singapura akan mengharungi perjalanan selama 15 hari ke Beijing. Mereka dijangka tiba ke Beijing pada 14hb April 2019.  Kembara ini diketuai oleh Ir. Othman Zainal, Presiden Kelab Pemilik Alfa Romeo Malaysia yang cukup berpengalaman.  Peserta-peserta lain yang bersama dalam kembara ini adalah YBhg. Dato’ Muhammad Saifullah Noor (Timbalan Presiden), Jeffery Chiah, Mohd Norhafis, Ron Nathan, Ron Lim, Abd. Halim Hashim, Muhamad Ridzuan Hashim, Rasyid Karyeo, Lee Sea Yean, Yow Chong Weng dan Hubert Chin.

Kembara ini bermula dari Kuala Lumpur dan seterusnya ke Chiang Khong – Huay Xai di sempadan Thailand-Laos sejauh 2, 400km.  Merentasi Laos sejauh 230km ke Boten-Mohan di sempadan Laos-China.  Seterusnya mereka akan ke Beijing melalui Kunming, Xichang, Chengdu, GuangYuan, Xi’an, Linfen dan Pingyao sejauh 3,500km. Setibanya di Beijing para peserta akan memandu sekitar kota tersebut dan melawat tempat-tempat bersejarah seperti Tembok Besar China, Dataran Tiananmen, Kota Musim Panas dan sebagainya.

“Misi seterusnya mungkin ke Mongolia sebelum ke Milan, Itali pada 2025 sempena sambutan ulangtahun Alfa Romeo ke 110 tahun “, kata Presiden Kelab, Ir. Othman Zainal.  Generasi muda kelab digesa bersiap dengan perancangan awal untuk misi yang baru itu.

 

Kelab Pemilik Alfa Romeo Malaysia merupakan kelab permotoran berdaftar dengan ROS (1993) dan Suruhanjaya Sukan Malaysia (2005).  Ia ditubuhkan untuk memberi sokongan nasihat dan teknikal berkenaan penjagaan kereta Alfa Romeo di samping menjalankan pelbagai aktiviti sosial seperti Annual Gran Turismo (GT), Treasure Hunt, klinik permotoran, pertandingan Go-Kart, Sunday Drive, pemanduan amal dan sebagainya untuk para ahli kelab.  Sehingga kini, Kelab mempunyai ahli berdatar seramai hampir 500 ahli.

 

Share.

About Author

Leave A Reply