Honda Insurance Plus (HiP) Melindungi Para Pelanggan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Selaras dengan tumpuan Honda Malaysia untuk menawarkan nilai terbaik dan jaminan untuk perkhidmatan selepas jualannya, mereka mengesyorkan semua pemilik Honda untuk mengambil Honda Insurance Plus (HiP). Pelan insurans ini ditawarkan dengan matlamat pencapaian kesetiaan pemilikan seumur hidup dengan menjalinkan hubungan lebih baik dengan para pelanggan. Tujuan utama HiP diperkenalkan adalah bertindak sebagai “Penyelamat, Perlindungan dan Simpanan” untuk menyediakan perlindungan komprehensif untuk kebajikan dan kelebihan pelanggan.

1.Penyelamat

Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka ketika anda berada di atas jalan raya, pihak HiP sentiasa bersedia 24 jam bagi membantu anda pada bila-bila masa. Para pelanggan yang memiliki HiP boleh meminta bantuan dengan  menghubungi talian 1-800-18-1177 bagi sebarang kemalangan, kerosakan kenderaan ataupun banjir. Perkhidmatan menunda juga sentiasa bersedia 24 jam bagi menghantar ke wakil Honda terdekat ataupun jarak radius 450km bagi tujuan pemeriksaan atau pembaikkan. Pada masa yang sama juga, pelanggan akan dibantu bagi prosedur tuntutan.

Mereka juga diberikan caj upah secara percuma sehingga RM200 bagi pembaikkan di tepi jalan seperti menukar bateri, menukar tayar, pengisian bahan api dan lain-lain tidak termasuk harga alat ganti.

2.Perlindungan

Untuk memastikan perlindungan yang komprehensif bagi pelanggan,  kenderaan  yang terlibat dalam kemalangan atau kerosakan akan dibawa ke pusat pembaikkan Honda yang dipercayai dan akan diperiksa oleh pakar yang mematuhi standard Honda. Sehingga kini, Honda Malaysia mempunyai 23 pusat pembaikkan di seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi beserta  tenaga kerja  yang mahir serta dilengkapi dengan peralatan dan kelengkapan yang terkinibagi memastikan kereta dikembalikan kepada pemilik dalam keadaan terbaik. Sebagai tambahan, semua penggantian alat ganti  adalah 100% asli dan dilengkapi dengan jaminan enam bulan atau 10,000km jaminan perkhidmatan.

Pelanggan juga boleh mendapatkan kereta mereka lebih cepat dan dengan kelulusan tuntutan yang lebih pantas terutamanya untuk tuntutan pra-kelulusan di bawah RM20,000 yang dibaiki hanya di pusat pembaikkan Honda.

3.Simpanan

Pelanggan yang memiliki HiP adalah layak untuk mendapat  perlindungan termasuk 100% bayaran bagi kecurian atau jumlah kerugian akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang diinsurankan. Tidak akan ada kos tersembunyi bagi penggantian alat ganti baru bagi pembaikan kemalangan untuk kereta sehingga sepuluh tahun serta 24 jam perkhidmatan menunda kenderaan.

Dengan adanya HiP yang sangat komprehensif ini, para pelanggan Honda boleh memandu di jalan raya dengan lebih aman dan menikmati perkhidmatan terbaik sekiranya berlaku kejadian yang tidak diduga.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai HiP, pelanggan boleh berkunjung ke mana-mana 98 wakil pengedar di seluruh negara atau hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

 

Share.

About Author

Leave A Reply