Honda Civic FK8 Type R Mugen Concept – Buat Pertama Kalinya Membuat Penampilan Bagi Peminat Asia Tenggara

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Bersempena dengan acara Malaysia Autoshow di MAEPS Serdang yang bermula dari 11 hingga 14 April ini, Honda Malaysia dengan bangganya menampilkan Honda Civic FK8 Type R Mugen Concept yang pertama kalinya dipamerkan bagi tontonan umum di negara Asia Tenggara.

Konsep yang ditampilkan pada kereta konsep ini memang berlainan dengan Civic FK8 Type R yang sedia ada dengan 12 perbezaan seperti grill hadapan gentian karbon, lip hadapan, diffuser belakang, ‘garnish’ sisi, lampu belakang LED, rim berukuran 20 inci, pelekat badan Mugen, nut tayar, stereng Mugen, tombol gear kemasan kulit, karpet sport serta plat tepi pintu. Dengan padanan warna merah keseluruhannya, ianya benar-benar menampilkan identiti Mugen yang sebenar.

Selain itu, terdapat juga beberapa model lain yang turut dipamerkan khas untuk acara ini seperti Honda CR-V Mugen Concept, Jazz Mugen, BR-V Edisi Khas serta model yang baru sahaja dilancarkan iaitu HR-V RS dan juga HR-V Sport Hybrid i-DCD.

Pelbagai aktiviti menarik juga turut diadakan di ruang pameran Honda! Jadi, jangan lepaskan peluang anda.

Share.

About Author

Leave A Reply