Harley Davidson Meluaskan Jajahan Mereka Dengan Pelancaran Bilik Pameran Di Pulau Pinang

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Harley Davidson Pulau Pinang telah dilancarkan semula baru-baru ini. Wakil Pengedar Harley Davidson Pulau Pinang, GB Motorcycles Sdn Bhd yang bekerjasama dengan Goh Btothers Group dan Kheoh Hock Seng bakal memastikan mereka mampu memperkasakan serta meluaskan lagi jaringan untuk jenama yang mereka bawa ini.

Majlis pelancaran Harley Davidson Pulau Pinang telah dihadiri oleh para pengarah, Mr. Goh Kian Sin dan Mr. Kheoh Hock Seng bersama-sama Pengurus Rantau Harley-Davidson Asia Emerging Market serta dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan-rakan yang menunggang Harley dari seluruh negara.

Mengikut kata Johan Kleinstuber, Pengarah Urusan Harley-Davidson Asia Emerging Market, pasaran jualan Harley Davidson di Malaysia sangat kukuh sejak tahun 2008. Maka, mereka menumpukan sepenuh perhatian dalam jualan serta meningkatkan kualiti dalam setiap jualan yang dilakukan untuk semua produk mereka. Ianya juga satu jaringan yang sangat kukuh dan meluas bagi pemasaran jenama ini di Malaysia. Wakil pengedar amatlah penting dalam memasarkan jenama Harley. Oleh yang demikian, dengan kerjasama rapat yang dijalinkan bersama contohnya seperti GB Motorcycles ini amatlah penting bagi membolehkan lebih ramai lagi penunggang Harley Davidson di atas jalan raya Malaysia.

“GB Motorcycles Sdn. Bhd juga amat berbangga apabila dipilih menjadi salah sebuah rakan kerjasama Harley-Davidson yang dipercayai di Malaysia. Harley-Davidson Pulau Pinang akan menawarkan keseluruhan rangkaian motosikal Harley-Davidson, alat ganti tulen untuk pengubahsuaian motosikal, pakaian berjenama dan kelengkapan menunggang, serta perkhidmatan selepas jualan. Mereka juga tidak sabar untuk menyediakan para pengguna dan peminat tempatan dengan akses yang lebih hebat bagi menikmati pengalaman pembelian Harley-Davidson sekaligus membangunkan komuniti bermotosikal yang aktif di utara Semenanjung Malaysia”, kata Mr. Goh Kian Sin, Pengarah GB Motorcycles dan Didi Resources (pengedar tunggal dan pengimport Harley-Davidson di Malaysia).

Bersempena dengan majlis pelancaran ini, GB Motorcycles dengan bangganya telah menyerahkan unit MY19 Tri Glide Ultra yang pertama di Malaysia kepada pemiliknya yang bernilai RM291,200 (tidak termasuk insurans dan pendaftaran).

Harley-Davidson Pulau Pinang terletak di 1679-G1, Jalan Perusahaan, Auto City, Bukit Tengah, Prai, 13600, Pulau Pinang, Malaysia. Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi talian +604-506 2200, atau layari www.harleypenang.com/

 

Share.

About Author

Leave A Reply