Goodyear Kembali Dan Memberi Kejutan Dengan Podium Berganda Di Le Mans 24 Jam

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Goodyear dengan dua rakan kongsinya kembali dan berjaya menamatkan perlumbaan ketahanan paling berprestij di dunia, Le Mans 24 jam. Kedua-dua pasukan berjaya menaiki podium dan menyaksikan kembalinya Goodyear Blimp di acara perlumbaan sekitar Eropah.

 The Goodyear Blimp seen cruising above the JOTA team race car 24 HOURS LE MANS 16-20 SPETEMBER 2020
PHOTO CLEMENT MARIN

Perlumbaan Le Mans 24 jam adalah perlumbaan pertama mereka sejak mengumumkan untuk kembali dalam sukan permotoran antarabangsa. Persiapan rapi telah dibuat sejak itu dan kerjasama bersama pasukan rakan kongsi membuahkan hasil.

Pasukan JOTA dari Britain, berjaya menduduki tempat kedua sementara Pasukan Panis Racing dari Perancis di tempat ketiga dalam kategori LMP2. Kategori ini adalah satu-satunya kategori dengan persaingan tayar terbuka. Lima dari 24 kereta menggunakan Goodyear dan 2 daripada nya adalah pemenang. Ini membuktikan bahawa tayar Goodyear adalah produk berprestasi dan boleh bertahan sepanjang perlumbaan.

The pit crew of the Panis Racing Team – which eventually placed third on the podium – racing to replace the tyres on the car as the drivers switch places with each other during the 24-Hour Le Mans 24 HOURS LE MANS
16-20 SPETEMBER 2020
PHOTO CLEMENT MARIN

Satu pasukan rakan kongsi Goodyear, Algarve Pro Racing menamatkan perlumbaan di tempat ke lapan manakala 2 lagi pasukan tidak dapat menghabiskan perlumbaan kerana masalah teknikal pada jentera mereka.

24 HOURS LE MANS 16-20 SPETEMBER 2020 PHOTO CLEMENT MARIN

Goodyear Blimp kembali dan berjaya memukau semua yang berada di Paddock dan peminat seluruh dunia. Berpengkalan 5km dari litar lumba, Goodyear Blimp berlegar di atas litar dalam sebahagian besar perlumbaan. Satu penerbangan yang menarik untuk tetamu VIP dan media, serta salah satu cara merakam acara perlumbaan dari udara.

Appearance of the Goodyear Blimp received a roaring welcome by those in the paddock 24 HOURS LE MANS
16-20 SPETEMBER 2020 PHOTO CLEMENT MARIN

Ben Crawley, Pegarah Sukan Permotoran Eropah Goodyear berkata:  “Fokus kami bukan hanya di litar lumba, tetapi juga di udara. Ini adalah kejayaan besar sejak tahun 80-an.” Terima Kasih kepada ACO kerana membantu merealisasikannya” ujar nya lagi.

Share.

About Author

Leave A Reply