Falken Malaysia Menampilkan Trio Tayar Wildpeak 4X4 MT01, AT3W Dan Yang Terkini AT3WA

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Sebagai salah satu pengeluar tayar yang terkenal dalam pasaran dunia, Falken sentiasa menyediakan produk-produk yang hebat dan berkualiti bagi semua penggunanya. Dan kali ini, Stamford Tyres Malaysia (STM) memperkenalkan tayar Wildpeak MT01, AT3W dan yang terbaharu AT3WA bagi pasaran tempatan.

Wildpeak MT01 merupakan satu tayar yang direka khusus untuk menanggung bebanan dalam keadaan ‘off-road’ bagi kenderaan-kenderaan 4X4 yang besar dan berkuasa. MT01 diliputi teknologi tayar ‘off-road’ yang paling canggih dibangunkan oleh Falken melalui teknologi 3 dimensi DURASPEC Sidewall bagi mengharungi keadaan permukaan jalan yang mencabar. Dengan teknologi DURASPEC, ianya membantu dalam memberikan perlindungan dan ketahanan lebih tinggi melalui lapisan tambahan di dalamnya. Wildpeak MT01 turut dilengkapi teknologi Heat Diffuser yang digabungkan pada bahagian bawah dinding tayar bagi melindungi komponen di dalam tayar. Ini sekaligus dapat memberikan lebih kestabilan dalam apa jua keadaan sekalipun.

Blok ‘Rugged & Riggid’ memberi cengkaman dan membantu kestabilan jika tayar ini melalui permukaan berbatu atau tidak sekata dan memudahkan ianya bergerak jika terperangkap pada sesuatu halangan. ‘Aggressive Upper Sidewall’ pada tayar ini pula melindungi jika ianya terkena pada batu-batuan tajam serta cengkaman lebih baik jika berada pada permukaan jalan ataupun pada keadaan kekurangan tekanan udara di dalamnya. pastinya, kesemua ciri yang ada pada tayar MT01 ini akan memastikan kenderaan anda dapat bergerak dengan lebih lancar.

Bagi tayar Wildpeak AT3W direka bagi mereka yang benar-benar gemarkan cabaran dalam apa jua keadaan dan cuaca.Wildpeak AT3W didatangkan dengan paten 3D Canyon Sipes dari Falken, tayar AT3W ini bakal mempamerkan keupayaan yang hebat serta mengekalkan prestasinya sepanjang hayat tayar ini. Selain itu, ianya juga dilengkapkan lagi dengan Silica Tread Compaund yang akan memberikan persembahan hebat jika berada pada permukaan yang basah selain dari musim sejuk.

Tayar Falken Wildpeak AT3WA dibina dengan menggunakan beberapa teknologi baharu antaranya paten Canyon Sipes 3D Tech yang akan memastikan sisi tayar dapat menahan bebanan yang tinggi serta memberi tahap kestabilan yang lebih baik, ‘Aggressive Upper Sidewall’ bergabung memberi  keseimbangan blok sisi tayar yang dapat melindungi daripada batuan tajam serta memberikan daya tarikan luar tambahan terhadap hakisan.

Selain itu, beberapa ciri lain turut ditambahkan pada tayar Falken ‘off-road’ Wildpeak AT3WA antaranya blok Rugged And Rigid Tread di mana ianya membantu menstabilkan dan memberi keseimbangan jika tayar terperangkap pada permukaan berbatu atau jalan yang tidak rata.

Tidak hairanlah jika jenama kenderaan terkenal seperti Mercedes Benz telah memilih tayar Falken Wildpeak AT3WA ini sebagai tayar OEM mereka bagi model G-Class ataupun G-Wagon. Oleh yang demikian, Stamford Tyres Malaysia sebagai pengedar eksklusif Falken Tires mempunyai semua saiz yang ditawarkan bagi Wildpeak AT3WA di mana ianya juga sangat disyorkan bagi pelbagai jenama kenderaan 4×4 yang lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai Falken Tires dan  Falken Wildpeak AT3WA, layari laman web Falken Tyres Malaysia di www.stamfordtyres.com.my

 

Share.

About Author

Leave A Reply