Eagle F1 Sport Goodyear menawarkan prestasi dan kepuasan pemanduan harian.
Goodyear Malaysia telah mengukuhkan rangkaian tayar prestasi tinggi ultra (UHP) dengan melancarkan Eagle F1. Rangkaian tersebut telah dibangunkan dan menawarkan cengkaman luar biasa dalm keadaan jalan raya yang kering atau basah.
Eagle F1 Sport merupakan tayar sport pilihan yang menyeronokkan. Prestasi pengendalian brek yang baik khas untuk peminat tegar sukan permotoran. Terdapat 22 jenis dari saiz 16 sehingga 18 inci untuk kereta sport peringkat pertengahan dan sedan sport. Eagle F1 Sport pastinya akan meningkatkan prestasi pemanduan harian sekaligus memberikan keyakinan ketika memandu.
Pilihan saiz | |
195/50R16 84V | 215/45R18 93W |
205/45R16 87W | 225/40R18 92Y |
205/50R16 91W | 225/45R18 95W |
205/55R16 91W | 235/40R18 95W |
205/45R17 88W | 235/45R18 98W |
215/45R17 91Y | 245/40R18 93Y |
215/50R17 91W | 255/35R18 94W |
215/55R17 94V | 265/35R18 97W |
225/45R17 94W | |
225/50R17 98W | |
225/55R17 101W | |
235/45R17 94W | |
245/40R17 95W | |
245/45R17 95Y |
Tayar Eagle F1 Sport adalah salah satu tayar berprestasi tinggi yang berpatutan. Ianya sangat idela kerana dapat menikmati prestasi pemanduan maksimum. Pemilik kereta sport pasti akan teruja kerana kendalian kereta dan brek yan lebih baik. Tayar ini juga sesuai untuk upsizing, rekaan khasnya meningktakan tindakbalas stereng dan pengendalian kering (dry handling). Cengkaman semasa diselekoh juga meningkat dan berpenampilan lebih agresif. Teknologi inovatif Goodyear di trek perlumbaan memberikan ketahanan dan keselesaan tayar jalan raya dalam masa sama menawarkan prestasi pengendalian dan brek yang cemerlang dalam apa jua cuaca.
Pengarah Urusan Goodyear Malaysia berkata : “Eagle F1 adalah hasil sepanjang penglibatan Goodyear dalam arena perlumbaan. Penganalan Eagle F1 Sport disasarkan untuk meningkatkan kualiti pembuatan dan kemampuan teknologi Goodyear secara berterusan dari pasukan penyelidikan dan pembangunan. Dengan harga yang kompetitif untuk rakyat Malaysia.
Pengendalian Tepat & Responsif
Setanding dalam keluarga Goodyear UHP, Eagle F1 Sport menampilkan reka bentuk tapak Eagle Claw, dilengkapi blok bahu yang lebih kuat dan teknologi ActiveControl. Sentuhan bahu maksimum dan kekakuannya dipertingkat untuk kestabilan dan ketepatan stereng semasa membelok.
Prestasi lebih Tenang
Rekaan tapak yang unik dan dilengkapi dengan jalur penghalang kebisingan diperbuat dari getah di antara lapisan pelapik memberikan perjalanan yang lebih tenang dan lancer. Alur lateral sempit pada tayar dapat mengurangkan getaran dan bunyi bising untuk keselesaan pemanduan.
Prestasi Brek yang Unggul
Teknologi Dynamic Braking Goodyear pada Eagle F1 dapat menambah ketepatan dan pengendalian. Prestasi semasa jalan basah dan kering dipertingkat dengan adanya gabungan tapak Eagle Claw dan tapak silica dengan matriks polimer. Bentuk rongga yang lebih baik dapat menampung tekanan. Pelindung rim yang lebih lebar dapat melindungi tayar dan rim dari kerosakan yang tidak disengajakan.
Eagle F1 dicipta untuk perlumbaan
Selama 65 tahun, Goodyear kekal sebagai pembekal tayar eksklusif NASCAR (The National Association for Stock Auto Racing di Amerika dan menjadi pembekal paling lama dalam sejarah untuk perlumbaan serata dunia.
Goodyear Eagle F1 Sport kini boleh didapati seluruh Malaysia di pusat Goodyear Autocare dengan harga antara RM294 sehingga RM678 untuk setiap tayar.
Anda boleh layari https://www.goodyear.com.my/eagle-f1/ untuk maklumat lanjut.