BMW Z4 Terbaharu – Lebih mempersonakan dengan reka bentuk dan kehadirannya yang lebih memukau

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

BMW Z3 serta generasi BMW Z4 yang terdahulu merupakan antara jentera ‘drop-top’ dengan dua tempat duduk yang terlaris dalam segmen kenderaan premium. Kini, BMW Z4 tampil lebih mempesonakan daripada yang sebelum ini. BMW mengolah halaman baharu bagi sejarah jentera roadsternya.

BMW Z4 yang baharu digayakan dengan struktur menonjol lebih seimbang serta menggandingkan kelebihan serba lasak dengan pelbagai ciri serta aspek yang canggih dan bertaraf tinggi seperti ‘BMW Live Cockpit Professional’ dan kunci digital yang dinamakan, ‘BMW Digital Key’.

Dibuktikan sebagai jentera pemanduan yang sebenar, BMW Z4 baharu ini ditawarkan menerusi varian BMW Z4 sDrive30i M Sport yang berupaya mencecah kelajuan 0-100 km/j dalam masa 5.4 saat sahaja.  BMW Z4 yang baharu ditawarkan di Malaysia secara eksklusif melalui trim ‘M Sport’.

BMW Z4 baharu didatangkan dengan enjin empat silinder 2.0 liter yang mampu menjana 190 kW/258 kk dengan puncak tork berjumlah 400 Nm daripada lingkungan 1,550 hingga 4,400 rpm serta kelajuan tertinggi mencecah 250 km/j.

Roadster premium daripada BMW terus memukau dengan penampilan luarannya yang mengagumkan dengan menampilkan peningkatan dalam saiz kepanjangan sebanyak 85 mm (4,324 mm), kelebaran  74 mm (1,864 mm), dan sedikit peningkatan pada paras ketinggiannya sebanyak 13 mm (1,304 mm) berbanding model yang terdahulu. Trek tayar  lebih luas juga menyumbang kepada olahan mengambil selekoh yang lebih stabil dan pantas. Jarak roda yang lebih pendek memberikan lingkaran pembelokan yang lebih kecil bagi jentera BMW Z4 keluaran baharu ini. Pusat graviti yang lebih rendah dan lebih seimbang pula menawarkan keupayaan pengendalian yang lebih ekstrem.

Di samping itu, lampu hadapan LED bersusun secara vertikal didatangkan dengan tiub rekaan unik dalam corak heksagon, serta lampu strip yang langsing di sudut ruangan dalam lampu hadapan tersebut berfungsi sebagai indikator bagi jentera roadster baharu ini.

Dari bahagian belakang, unit lampu belakang 3D yang langsing serta reka bentuk spoiler bersepadu, digandingkan dengan kerendahan badan kenderaan ini dan kedudukan lampu mengundur pada paras yang rendah menjurus kepada sebuah penampilan yang keseluruhannya tampak rapi dan kemas. Ruangan but dan pintu yang lebih besar serta ruang penyimpanan tambahan terletak di belakang tempat duduk juga bermanfaat kepada pemandu yang sering memerlukan ruang tambahan, di samping ruang kaki yang diperluaskan untuk keselesaan ketika memandu.

BMW Z4 sDrive30i menawarkan komponen-komponen yang tercanggih dalam industri automotif seperti transmisi ‘Steptronic Sport’ lapan kelajuan, ‘M Sport Suspension’ dan ‘Variable Sport Steering’.

Ruang dalaman dihiasi dengan bumbung kanvas klasik, permukaan trim dalaman yang minimalis dengan dua tempat duduk sporty yang dilaraskan pada kedudukan rendah untuk membolehkan pemandu merasai sebuah kenderaan premium yang sebenar.

Corak pencahayaan ambien yang inovatif membolehkan pemandu menetapkan mood pencahayaan pilihan mereka dengan warna-warna yang menenangkan seperti ungu lembut (lilac) dan hijau lembut (mint).

‘BMW Live Cockpit Professional’ diletakkan secara strategik di paras yang sesuai  serta membolehkan pemandu mendapat informasi secara langsung menerusi sudut pandangan yang tidak terhalang.

BMW Z4 baharu juga menampilkan BMW Digital Key yang membolehkan pemandu mengakses kenderaan ini dengan penggunaan telefon pintar Android. Kunci digital ini menggunakan teknologi Near Field Communication (NFC) untuk membolehkan kereta ini dibuka dan dikunci hanya dengan menggunakan telefon pintar. Peranti mudah alih hanya perlu dihalakan berdekatan dengan pemegang pintu untuk mengakses kenderaan tersebut. Enjin jentera ini boleh dihidupkan sebaik sahaja telefon pengguna diletakkan di ruang telefon pintar yang disediakan. Ruang tersebut turut memiliki keupayaan pengecasan tanpa wayar. Menerusi ‘BMW Connected App’, kunci digital ini membolehkan pemandu berkongsi kunci akses ke atas kenderaan mereka bersama lima yang lain orang pada masa yang sama.

Turut ditawarkan, Bantuan Parkir Pintar (Intelligent Parking Assistant) dengan Bantuan Pengunduran (Reversing Assistant). Sistem Bantuan Parkir ini merupakan sebuah sistem berkeupayaan tinggi yang dapat membantu pemilik kenderaan mengolah keluar dari ruang parkir yang sempit dengan mudah. Apabila diaktifkan, sistem Bantuan Parkir tersebut boleh memarkir jentera pemilik di ruang yang selari dengan jalan raya.

Pemilik BMW Z4 yang baharu juga boleh menantikan Connected Package Professional untuk  merangkumkan penambahan futuristik yang lain ke atas kenderaan mereka atau mendapatkan pelbagai kefungsian yang ditawarkan di ‘ConnectedDrive’ selepas membuat pembelian.

BMW Z4 baharu menawarkan empat warna iaitu merah (San Francisco Red), biru (Misano Blue), hitam (Black Sapphire) dan putih (Alpine White) dipadankan dengan pilihan warna dalaman hitam (Black décor), merah (Magma Red) atau merah keperangan (Cognac) bersama sulaman hitam.

BMW Z4 terbaharu boleh didapati daripada kesemua pengedar BMW seluruh negara. Anda juga boleh melayari www.bmwbethefirst.com.my untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan.

Share.

About Author

Leave A Reply