BHPetrol Prihatin – Sediakan pencuci tangan dan sentiasa membersihkan sekitar pam

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Prihatin dengan isu virus COVID -19, BHPetrol telah menjalankan kempen “Infiniti Care” di stesen bagi mencegah wabak yang semakin menular di negara kita.


BHPetrol sangat prihatin dengan keselamatan para pelanggan dan masyarakat Malaysia. Demi mencegah penularan wabak Covid-19, BHPetrol telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kempen ‘BHPetrol Infiniti Care’.

Hal ini bukan sahaja dapat mencegah malah dapat memastikan para pelanggan yang datang ke setiap stesen menjadi lebih selamat. Di samping menyediakan cecair pencuci tangan (hand sanitizer) kepada para pelanggan, tempat yang sentiasa disanitasikan adalah seperti nozel pam minyak, mesin atm, tandas serta kaunter dan persekitaran dalam BHPetromart.

Antara stesen yang sudah mengikuti kempen ini adalah BHPetrol Rosmerah, BHPetrol Lorong Pandan, BHPetrol Masai, BHPetrol Desa Skudai,BHPetrol MRR2 Taman Melati dan seterusnya stesen-stesen yang lain.

Diharapkan moga kita semua akan terlindung dari wabak ini dan dapat melindungi diri sendiri serta keluarga dari ancaman COVID-19 ini.

Share.

About Author

Leave A Reply