BHPetrol Lukut-Sepang Dirasmikan & Sambutan Tahun Baru Cina Bersama Penduduk Setempat

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Stesen minyak BHPetrol Sepang Lukut telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia.    Bersempena majlis perasmian ini, sambutan perayaan Tahun Baru Cina  turut diraikan  bersama-sama para jemputan dan penduduk setempat.  Selain itu, sebanyak 17 buah sekolah dan beberapa Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan di sekitar daerah Port Dickson telah menerima sumbangan ikhlas daripada syarikat Seng Group of Companies bagi membantu membiayai aktiviti pengurusan masing-masing.

Majlis perasmian itu juga dimeriahkan dengan persembahan kumpulan tarian singa dan acara makan ‘lou sang’ mengikut tradisi kaum Cina.    Menurut Pengarah Urusan Seng Group of Companies, YB Dato’ Sri Dr. King Lim Chin Fui “kami sangat terharu dan berterima kasih kepada  semua pelanggan kami, khususnya masyarakat yang berbilang bangsa di sekitar daerah ini atas segala sokongan yang diberi.  Dengan adanya stesen BHPetrol Sepang Lukut, ia menjadi pilihan untuk pengguna bagi memenuhi keperluan perjalanan samada isian petrol Infiniti atau membeli barangan dan pelbagai kemudahan servis di BHPetromart”.  Stesen ini merupakan antara stesen minyak terbaharu BHPetrol dibawah Seng Group of Companies yang merupakan salah satu syarikat sangat aktif di dalam pembinaan dan peruncitan stesen minyak di Malaysia.

Stesen BHPetrol Ini terletak di antara bandar Lukut dan Sepang yang menghubungkan pengguna jalanraya menuju ke arah KLIA atau ke Port Dickson.  Kedudukannya yang strategik dan luas memudahkan pengguna untuk singgah mengisi minyak, membeli  pelbagai barangan di kedai serbaneka BHPetromart atau untuk  ke tandas. Pelanggan juga boleh membuat tambah nilai TouchN’go serta servis khidmat bayaran melalui e-Pay. Kini, terdapat hampir 400 buah stesen BHPetrol beroperasi di seluruh negara yang menawarkan produk petrol, biodiesel, diesel Euro5 dan kedai serbaneka BHPetromart.   Sebahagian besar stesen minyak BHPetrol telah  dinaiktaraf dengan kelengkapan yang lebih baik dari segi penampilan imej, tandas yang bersih, surau yang selesa, perkhidmatan mesin ATM, dan sebagainya.  Setiap stesen minyak yang selebihnya akan dilakukan naik taraf secara berperingkat.


Ir. Azizul Azily Ahmad, Pengurus Besar Bahagian Bekalan, Peruncitan, Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) berserta kakitangan dari jabatan peruncitan BHPetrol, pengurusan atasan Seng Group of Companies, wakil dari jabatan-jabatan kerajaan turut hadir memeriahkan majlis.

Share.

About Author

Leave A Reply