BHPetrol Infiniti RON95 Euro4M – Bahan api lebih berprestasi dan berkualiti kini terdapat di semua stesen BHPetrol seluruh negara

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) mengumumkan BHPetrol Infiniti RON95 telah dinaik taraf kepada standard Euro4M atas saranan kerajaan yang mahu semua syarikat petroleum dalam negara membekalkan petrol RON95 yang dirumuskan bagi memenuhi piawaian Euro4M melangkau tahun baharu.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, Ir. Azizul Azily Ahmad telah mengesahkan, bahan api BHPetrol Infiniti RON95 Euro4M telah dihantar ke semua stesen sebelum akhir tahun 2019 yang lepas.

 

Dengan piawaian Euro4M terbaharu yang lebih berkualiti serta pengurangan kandungan sulfur dalam bahan api tersebut, pelepas gas karbon monoksida kepada alam sekitar adalah lebih bersih dan terkawal. Selain itu, bahan api terbaharu ini juga membantu dalam memanjangkan jangka hayat enjin. BHPetrol Infiniti RON95 Euro4M akan memastikan pergerakkan enjin beroperasi lebih cekap sekaligus memberikan penggunaan bahan api yang lebih ekonomi disamping prestasi yang lebih mengagumkan.

Sama seperti BHPetrol Infiniti RON97 Euro4M, Infiniti RON95 Euro4M terbaharu ini juga mempunyai aditif tambahan berprestasi tinggi yang telah ditambah ke dalam bahan bakar tersebut. Aditif ini mempunyai pelbagai fungsi seperti membantu membersihkan serta mencegah pembentukan deposit serta mengurangkan geseran dalaman. Pakej aditif dimasukkan pada kekuatan maksima (800 ppm) bagi menampilkan prestasi yang terbaik.

“Bahan api BHPetrol Infiniti yang diimport sekarang lebih bersih dan bergred tinggi. Ianya turut merangkumi pakej tambahan yang eksklusif dalam formulasi termaju tanpa kos tambahan kepada pelanggan untuk memberi mereka prestasi terbaik. Ini merupakan satu lagi hasil yang luar biasa dalam komitmen kami untuk memenuhi keperluan pelanggan yang lebih baik. Di samping itu, BHPetrol akan lebih memperluaskan lagi rangkaian stesen pada tahun ini untuk menjadikannya lebih mudah untuk diperolehi. Walaupun tidak mengisi bahan api, BHPetrol juga boleh menjadi tempat sehenti bagi para pelanggan yang memerlukan perkhidmatan yang terdapat di stesen BHPetrol,  “tambah Ir. Azizul.

Bagai para pelanggan dan orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang bahan api BHPetrol Infiniti, produk, perkhidmatan BHPetrol yang lain serta lokasi stesen anda boleh layari www.bhpetrol.com.my di laman sesawang.

 

Share.

About Author

Leave A Reply