BHPetrol eCard Kini di Aplikasi Telefon- Pendaftaran adalah percuma!!!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Dengan putaran zaman yang semakin moden, semua perkara juga sudah menjadi semakin ringkas. Termasuklah segala aktiviti harian kita yang semakin dipermudahkan. Jika dahulu, apabila  hendak berbelanja kita perlu membawa wang tunai ke mana sahaja, namun sekarang pelbagai ciptaan mudah telah diwujudkan dalam meringkaskan kehidupan harian kita.

Dapat dilihat, beberapa syarikat minyak masih lagi menggunakan kad sebagai tujuan mengumpul mata ganjaran bagi setiap penggunanya. Akan tetapi, di BHPetrol, eCard yang sebelum  ini digunakan bagi tujuan tersebut perlahan-lahan ditukar dengan hanya menggunakan aplikasi yang telah dibangunkan oleh pihak mereka. Di dalam aplikasi tersebut tersedia pelbagai maklumat yang diperlukan seperti lokasi stesen seluruh semenanjung, transaksi, jumlah mata ganjaran, menebus mata ganjaran samada dengan barangan BHPetromart atapun bahan api, tawaran dan promosi terkini, harga bahan api yang sentiasa dikemas kini dan bermacam-macam lagi.

Kini, dengan hanya menggunakan telefon mudah alih anda, ianya menjadi lebih mudah. Jangan lupa untuk memuat turun aplikasi BHPetrol eCard anda di aplikasi Apple App Store atau di Google Play ( Android) sekarang. Tiada lagi masalah kad rosak ataupun kehilangan kad!

Share.

About Author

Leave A Reply