Azlan Shah 25 “CHAMPION” ARRC 2019 – Tahun pertama bersama pasukan ONEXOX TKKR SAG dengan prestasi yang amat cemerlang

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Baru-baru ini, Azlan Shah Kamaruzaman (35 tahun) juara kelas SuperSports 600cc bagi tahun 2013 dan 2017 perlumbaan Asia Road Racing beraksi cemerlang lagi pada tahun 2019 bersama pasukan barunya iaitu ONEXOX TKKR SAG apabila dinobatkan sebagai “Asian Superbike Champion”. Sebanyak 6 pusingan bagi tahun 2019 ini telah diharungi oleh beliau dan pasukan sehingga mendapat kejayaan yang dapat dilihat pada hari ini. Bukan sesuatu yang mudah bagi beliau walaupun sudah berpengalaman dalam perlumbaan motosikal berkuasa tinggi seperti ini, namun atas kecekapan dari segi tunggangan, kemahiran dan juga pasukan yang sangat hebat, ianya sesuatu yang amat membanggakan bagi tahun 2019.

Kredit foto : asiaroadracing.com

Bersama jentera BMW S1000RR yang ditunggangnya, Litar Antarabangsa Chang, Thailand menjadi saksi di atas kejayaan ini. Dengan jumlah 238 mata terkumpul serta kejayaan yang ditampilkan, beliau begitu konsisten untuk memastikan kejuaran dalam setiap perlumbaan yang disertainya.

 

Di awal pembabitan dalam perlumbaan Cub Prix, karier dan bakatnya sebagai seorang pelumba motosikal yang telah diceburi sejak umur 18 tahun benar-benar telah membuatkan beliau berjaya membuktikan banyak kejayaan yang telah ditempah baik di dalam dan juga luar negara. Dan kepada sesiapa yang tidak tahu atau terlupa, beliau juga merupakan bekas pelumba Moto2 World Championship bersama pasukan IDEMITSU Honda Team Asia Moto2. Diharapkan beliau akan lebih berjaya dan mengharumkan nama Malaysia di semua pentas perlumbaan baik di Malaysia sendiri atau luar negara!

Kredit Foto : asiaroadracing.com 

Share.

About Author

Leave A Reply