Aksesori GearUp baharu – Perodua Aruz bakal tampak lebih menyerlah

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Perodua telah memperkenalkan lima aksesori GearUp baharu untuk model Aruz bagi melengkapkan aksesori yang diperkenalkan semasa pelancaran SUV tujuh tempat duduk itu pada Januari lalu.

 

Disasarkan kepada mereka yang ingin menambah utiliti dan memberikan sentuhan peribadi kepada Aruz mereka, aksesori baharu ini akan dipamerkan dan dibuka untuk tempahan di Malaysia Autoshow 2019, yang berlangsung pada 11hb-14hb April di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Semua aksesori GearUp boleh dimasukkan ke dalam pinjaman pembelian kenderaan baharu Perodua dan didatangkan dengan waranti enam-bulan.

 

Aksesori GearUp untuk Perodua Aruz Harga (S’jung Msia) Harga (Msia Timur)
Skirt Hadapan dengan Jejalur Merah BAHARU RM700 RM710
Skirt Belakang dengan Jejalur Merah RM700 RM710
Tirai Kargo RM250 RM255
Sarung Tempat Duduk dengan Jahitan Merah RM950 RM970
Armrest Tengah Dengan Konsol Simpanan RM180 RM185
Visor Pintu RM160 RM163
Plat Tapak Pintu Krom RM150 RM153
Pelindung Bumper Belakang RM160 RM163
Tray Bagasi RM140 RM143
Karpet Koil RM200 RM203
Pengedap Bunyi Pintu RM455 RM460
Pengedap Bunyi Hood RM80 RM83
Pakej Utiliti

(Visor Pintu + Karpet Koil + Tray Bagasi)

RM450 RM459

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply