8.4sec Setiawangsa Racing – Penantian 6 tahun tampil di Souped Up Thailand Records 2019

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Berbekalkan dengan pengalaman meluas dalam dunia perlumbaan dan permotoran, pihak Setiawangsa Racing yang diterajui oleh saudara Mat Penang dan pasukannya sentiasa mencari idea untuk melahirkan jentera-jentera berkuasa untuk dipertandingkan di litar-litar lumba drag baik di Malaysia sendiri mahupun di luar negara.

Demi mencari kepuasan yang maksimum, Setiawangsa Racing banyak menguji kehebatan jentera mereka di negara jiran kita iaitu Thailand. Dengan keadaan trek lumba drag yang dikhaskan, mereka dapat mengukur sejauh mana kekuatan jentera yang dibina bagi tujuan perlumbaan drag dengan lebih tepat.

Setiap saat yang dicatitkan merupakan satu perkara yang bermakna dalam kiraan mereka. Dengan jentera yang sudah diubahsuai dan ditala hingga ke tahap yang maksimum, mereka mengharapkan satu persembahan yang cemerlang pada jentera tersebut dan juga masa yang dapat dicatatkan bagi setiap pelepasan di trek.

Jentera Proton Satria yang dipadankan dengan nadi Mitusbishi VR4 2.0 ini telah diubahsuai dengan begitu teliti serta duji beberapa kali sebelum di hantar untuk menyertai perlumbaan.

Semalam, jentera mereka yang dipandu oleh DK Kon  telah berjaya mencatatkan masa terpantas dalam kategori iaitu 8.496 sec bagi jarak 402 meter bersempena acara Souped Up Thailand Records 2019. Pada sebelah malam sebelumnya, masa terpantas mereka adalah 8.584 sec namun dapat memperbaiki dengan catatan lebih baik keesokkan harinya.

 

Walaupun tidak dapat meneruskan sesi perlumbaan yang seterusnya akibat daripada permukaan trek yang bermasalah, namun ianya merupakan satu kepuasan yang amat membanggakan setelah 6 tahun menantikan rekod seperti ini.

Walaubagaimanapun, pihak Setiawangsa Racing amat berterima kasih kepada para penaja yang menjayakan perlumbaan mereka pada kali ini seperti PBGarage dari Sabah, Sherab Briani House, Undereight Auto Spray, Hafez _Tec, Faiz Fatah Towing Service, Azaa Cement, Anie Kitchen, Kacey Legacy dan MiziTech Terangganu. Bagi mereka yang ingin membeli baju team jangan segan silu untuk mendapatkannya melalui laman Facebook Setiawangsa Racing dan tidak lupa kepada para penaja yang ingin menjadi salah satu dari pasukan ini, boleh terus menghubungi pihak pengurusan pasukan ini. Target perlumbaan akan datang adalah 7 sec! Tahniah sekali lagi!!!

* Kalau korang nak tune kereta, modified kereta takpun nk buat ape sahaja dengan kereta korang serta rasa sendiri air tangan MP Tuner boleh datang Setiawangsa Racing bertempat di No.84, Jalan Penerbit U1/43, Kawasan Perindustrian Hicom Glenmarie, Shah Alam.

Sumber : Faiz Fattah Towing Services & Azman Zulkifli

GALERI : 

 

Share.

About Author

Leave A Reply