Pemenang Peraduan “BHPetrol Win RM300,000” Diumumkan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Peraduan “BHPetrol Win RM300,000” yang telah berlangsung bermula 20 Januari lepas telah menutup tirainya pada 31 Mac 2019 yang lepas. Peraduan ini telah mendapat penyertaan daripada lebih kurang 2juta orang pelanggan setia BHPetrol. Peraduan ini menyediakan hadiah sebanyak RM300,000 bagi 104 orang pelanggan yang bertuah.

Pemenang hadiah utama adalah Mr. Loo Beng Hong yang membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta 100,000 mata ganjaran ePoint diikuti Wong Kee Huat yang membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta 50,000 ePoints, Encik Zahari Osman (RM30,000 + 30,000 ePoints) dan Low Poh Chung (RM20,000 + 20,000 ePoints). Untuk 100 pemenang bertuah yang lain masing-masing mendapat RM1000 beserta 5,000 ePoints setiap seorang.

Dengan adanya peraduan seperti ini, ianya merupakan salah satu cara bagaimana BHPetrol dapat merapatkan hubungan dengan para pelanggan mereka sekaligus memberi penghargaan atas setiap sokongan yang mereka berikan selama ini. Ianya juga dapat membantu agar para pelanggan dapat menikmati produk-produk berkualiti dari BHPetrol.

Pihak BHPetrol sentiasa akan mencari pelbagai cara bagi memberi kegembiraan kepada para pelanggan mereka. Untuk maklumat lebih lanjut, layari http://www.bhpetrol.com.my/news-events/bhpetrol-rm300,000-fuel-contest

 

Share.

About Author

Leave A Reply