Trip Insentif Pengedar Falken Tyres Ke Liverpool & London

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Bagi menghargai para pengedar tayar Falken, pihak Stamford Tyres  Malaysia dan Sumitomo Rubber Asia (Tyre) Pte Ltd telah menaja trip khusus bagi beberapa pengedar mereka yang terpilih bagi menyaksikan perlawanan secara langsung di antara pasukan Liverpool dan Manchester serta bersiar-siar di sekitar kota London.

Trip kali ini disertai 17 wakil pengedar terpilih seramai 40 orang bersama-sama 3 wakil Stamford Tyres Malaysia iaitu Mr. SK Cham (Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia), Ku Seng Yeow (Pegawai Jualan) dan Chiang Chia Heng (Pengurus Pembantu Jualan -Trak).

Para pengedar Falken bergambar bersama Mr. Wee Kok Wah, Presiden Stamford Tyres Malaysia (4 dari kanan), Mrs Wee, Pengarah Eksekutif STM (3 dari kanan) & Mr. SK Cham, Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif STM (hujung kanan) di Stadium Anfield

Kesemua mereka telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 13 Disember 2018 dan sampai di Manchester pada 14 Disember. Selesai bersarapan, mereka dibawa melawat Manchester Town Hall, Old Wellington Inn, Albert Square dan The Pankhurst Center. Selesai makan tengah hari, mereka semua kemudiannya dibawa menjelajah sekitar Stadium Old Trafford Manchester sebelum di bawa ke Liverpool. Kesemua ahli rombongan trip ini didaftarkan untuk menetap di Hotel Malmaison Liverpool.

Keesokkan harinya, mereka dibawa pula melawat sekitar Stadium Anfield serta ke sekitar Chester Walls Walks. Sebelum berangkat pulang ke Liverpool, mereka telah meluangkan masa untuk membeli belah di Chester Christmas Market.

 

Hari ke-4, kesemua mereka telah dibawa bersiar-siar dan melawat sekitar Liverpool. Antara tempat yang dilawati adalah Albert Dock, Royal Liver Building, Matthew Street dan Upper Duke Street. Selepas makan tengah hari, rombongan trip ini telah dibawa terus ke Stadium Anfield untuk menyaksikan perlawanan bola sepak di antara Liverpool dan Manchester. Tambah lebih menarik, mereka turut disertai oleh Presiden Stamford Tyres, Mr. Wee Kok Wah bersama isteri, Mrs Wee (Pengarah Eksekutif Stamford Tyres). Pada 16 Disember, ianya merupakan satu tarikh keramat apabila kesemua mereka amat teruja untuk menyaksikan pasukan pilihan mereka beraksi di depan mata.

Persembahan yang ditampilkan amat membanggakan apabila pasukan Liverpool FC telah berjaya menundukkan Manchester United dengan keputusan 3-1. Ianya merupakan satu pengalaman berharga bagi mereka semua dan tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Setelah tamat perlawanan, mereka di bawa untuk menikmati jamuan makan malam yang telah disediakan.

Hari ke-5, mereka semua mendaftar keluar dan dibawa menuju ke Stratford Upon Avon dengan menaiki bas . Setelah makan tengah hari,  mereka kemudian dibawa melawat tempat kelahiran Shakespeare dan seterusnya ke Cucumber di London untuk bermalam. Keesokkannya, setelah bersarapan, rombongan trip dibawa pula ke Salisbury untuk melihat monumen bersejarah eropah iaitu Stonehenge. Perjalanan kemudiannya diteruskan ke Bath City untuk makan tengah hari dan kemudian terus ke Muzium Roman Bath.

Hari terakhir di London, setelah mendaftar keluar, mereka semua telah dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa London Heathrow untuk berlepas pulang ke tanah air.

Share.

About Author

Leave A Reply