IFCW & IFEB : Sistem Keselamatan Nissan Almera Turbo Serba Baharu

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Gabungan rekabentuk yang kemas, keselesaan dan ruang yang luas dapat membanggakan pemiliknya. Teknologi dalam pemanduan dapat membantu memenuhi keperluan pelanggan Nissan didalam era moden masa kini.

Nissan Intelligent Mobility dan Safety Shield 360 yang menawarkan pemantauan keselamatan serta tindak balas pada bahagian hadapan, sisi dan belakang. Komponen utama tersebut adalah visi Nissan untuk sesebuah kenderaan buatan mereka.

Ciri keselamatn terbaru dipasang pada ketiga-tiga varian Nissan Almera Turbo. Sistem Intelligent Forward Collision Warning (IFCW) atau Sistem Amaran Pelanggran Hadapan Pintar akan memantau jarak dan kelajuan kenderaan dan member amaran risiko pelanggaran pada Paparan Bantuan Pemanduan Termaju atau Advance Drive Assist Display (ADAD). Sistem Brek Kecemasan Hadapan Pintar atau Intelligent Forward Emergency Braking (IFEB) pula akan aktif secara automatik  untuk membantu mengelakkan pelanggaran hadapan atau mengurangkan daya impak. Selama 2 saat kenderaan tidak akan bergerak sebelum brek dilepaskan semula.

“Bertemakan `Mencabar Segala Sangkaan’ , Almera Turbo serba baharu telah direka semula agar tampil lebih bertenaga, provokatif dan bergaya dinamik serta berteknologi inovatif “ kata Pengarah Jualan dan Pemasaran Edaran Tan Chong Motor  Sdn. Bhd., Christopher Tan.

Teknologi keselamatan yang lain yang ada pada Nissan Almera Turbo serba baharu ialah sistem Amaran Titik Buta (BSW) dan Amaran Lintasan Trafik Belakang (Rear Cross Traffic Alert, RCTA). Sensor radar akan mengesan dalam jarak 3 meter x 3 meter dan member amaran pada paparan ADAD. Sistem Monitor Pandangan Keliling Pintar (Intelligent Around View Monitor, IAVM) dengan Pengesan Objek Bergerak Pintar (Intelligent Moving Object Detection, IMOD) pula digunakan semasa memarkir dan memasuki kawasan sempit. 4 Kamera menawarkan pandangan maya 360° dari atas.

Aspek keselamatan juga diutamakan dan pastinya dapat melindungi pemandu serta penumpang. Sistem keselamatan tersebut adalah :-

  • Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) dengan Kawalan Cengkaman (TC)
  • Bantuan Mula Mendaki (HSA)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Bantuan Brek (BA
  • Agihan Kuasa Brek Elektronik (EBD)
  • 6 Beg Udara SRS (didapati pada varian VLP dan VLT sahaja)
  • Sistem Cagak Tempat Duduk Kanak-kanak, ISOFIX dengan Top Tether (x2)

Jaminan Kenderaan  5 tahin tanpa had perbatuan adalah untuk semua varian Nissan Almera Turbo termasuk servis penyelenggaraan percuma 5 kali berselang seli (alat ganti dan kos buruh)

Layari laman sesawang www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838 untuk maklumat lanjut.

Share.

About Author

Leave A Reply