Honda Malaysia Melancarkan City Generasi ke-5 Serba Baharu

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Minggu lalu Honda Malaysia telah melancarkan City Generasi ke-5 dan Honda Malaysia merupakan negara pertama yang melancarkan City RS e:HEV Serba Baharu. Generasi ke-5 ini pastinya meningkatkan tanda aras dalam segmen B dengan ciri-ciri, prestasi dan rekaan yang mendahului dalam kelasnya.

Mensasarkan jualan 3000 unit sebulan, Honda Malaysia yakin dengan pakej lengkap yang ada pada City baharu mampu mencapai angka jualan tersebut. Memperkenalkan 4 varian, Malaysia adalah negara pertama yang melancarkan varian RS e:HEV.

Menurut Encik Masayuki Igarashi selaku Ketua Pegawai Operasi Serantau  (Asia & Oceania), Honda Motor Co., Ltd., Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Honda Motor Co, “Visi 2030 kami adalah menjadi perintis kamjuan dalam mobility dan menambah baik kualiti kehidupan semua orang di seluruh dunia. Justeru itu kami memperkenalkan Honda e:Technology bagi mencapai visi kami. Saya percaya bahawa City RS e:HEV dengan system hybrid 2 motor yang dijana oleh intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) pasti akan terus mengujakan dan membawa keseronokan dalam setiap pemanduan”

City Serba Baharu Generasi ke-5 kini 111mm lebih panjang, 54mm lebih lebar dan 10mm lebih rendah berbanding City generasi ke-4. Rekaan baharu luaran yang lebih yakin dilihat lebih menarik dan bergaya. Varian RS e:HEV menerima cirri-ciri baharu yang memberikan gayaan sporty. Varian V dan RS e:HEV menggunakan Rim Aloi Bersaiz 16-inci dan rekaan keseluruhan City Serba Baharu yang lebih moden memberikan rasa seperti kenderaan yang lebih besar.

 

Rangkaian kuasa intelligent Multi-Mode Drive atau i-MMD yang ada pada varian RS e:HEV mampu menjanakan kuasa sebanyak 108PS dan 253Nm tork. Dipadankan dengan transmisi e-CVT atau Electric Continuous Variable Transmission yang memberikan pecutan yang lancar dan berkuasa. Sistem Intelligent Power unit (IPU) pula boleh menukar mod pemanduan iaitu Pacuan EV, Hibrid dan pacuan Enjin. Varian yang ditawarkan adalah S,E dan V dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC Baharu yang mampu menghasilkan kuasa 121PS dan tork maksimum 145Nm, tertinggi dalam kelasnya.

Bahagian dalaman City Baharu menekankan pada tekstur berkualiti tinggi dan fungsi yang memberi keselesaan serta sofistikasi kepada pemandu dan penumpang. Paparan Kluster MeterInteraktif berukuran 7-inci, Sport Pedal Pads, balutan tempat duduk adalah dari Ultrasuede® untuk varian RS e:HEV serta paparan audio 8-inci dan dipadankan bersama Apple Carplay & Android Auto adalah untuk semua varian.

Ciri lain yang terdapat pada City Baharu adalah seperti Honda Lane Watch, berasaskan teknologi keselamatan termaju membantu memantau titik buta. Brek Parkir Elektrik  dan Penghidup Enjin Kawalan Jauh juga adalah ciri terbaharu yang ada dalam kelasnya.

Honda Sensing adalah sistem keselamatan  termaju yang terdapat pada varian RS e:HEV. Sistem ini membantu pemandu mengenal pasti halangan di atas jalan raya diwaktu siang dan malam. Ciri-ciri yang terdapat pada Honda Sensing adalah

  1. Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control)
  2. Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (Collision Mitigation Braking System)
  3. Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Warning)
  4. Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist System)
  5. Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (Road Departure Mitigation)
  6. Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning)
  7. Lampu Tinggi Auto (Auto High Beam)

 

City Baharu juga dilengkapi dengan 6 Beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan, Sistem Brek Anti-kunci, Agihan Brek elektronik, Bantuan Brek Amaran Berhenti Kecemasan, Bantuan Mula Mendaki, ISOFIX , Amaran Tali Pinggang Keledar Penumpang, Sensor Parkir Belakang bersama Kamera pelbagai sudut. Ciri Brek Pegun Automatik yang hanya perlu ditekan supaya pemandu tidak menekan brek sepanjang masa.

City Serba Baharu ditawarkan pada harga seperti berikut;

Varian Harga Selepas Pengecualian Cukai Jualan (RM)² Harga Tanpa Pengecualian Cukai Jualan (RM)²*
V 86,561.45 89,800.00
E 81,664.82 84,800.00
S 74,191.27 76,800.00

 

Varian RS e:HEV hanya akan tersedia pada Januari 2021 dan harga akan diumumkan kelak. Terdapat 5 warna yang ditawarkan iaitu Merah Mutiara³(Passion Red Pearl), Hitam Mutiara(Crystal Black Pearl), Kelabu³ (Modern Steel Metallic), Perak(Lunar Silver Metallic) dan warna baharu, Putih Mutiara³(Platinum White Pearl).

Pelanggan yang berminat dijemput mengunjungi mana-mana 101 pengedar sah Honda untuk mendapatkan maklumat atau pandu uji City Serba Baharu. Hubungi juga talian 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my untuk maklumat lanjut.

Share.

About Author

Leave A Reply