Bersiap Sedia Untuk Memulakan Perjalanan Jauh Adalah Satu Langkah Bijak.

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Hari Malaysia yang disambut setiap 16 September adalah salah satu cuti umum pada rakyat Malaysia. Sekatan merentas negeri juga sudah tiada, tetapi kita masih perlu menjaga SOP untuk mencegah penularan virus covid-19. Sehubungan itu pasti ramai yang akan pulang ke kampung atau melancong didalam negeri dengan memandu kenderaan. Keselamatan adalah aspek utama yang perlu diambil berat. Anda boleh amalkan tip-tip berikut :

1. Penyelenggaraan kenderaan mengikut jadual. Pemeriksaan dalaman dan luaran kompenen enjin. Menukar bateri dan bilah pengilap mengikut tahun atau keadaan. Memeriksa paras minyak pelincir dan memastikan pada paras yang optimum. Pembersihan sistem penyejuk dan radiator.

2. Memeriksa tekanan udara tayar dan tayar ganti. Tekanan tayar yang salah boleh membahayakan dan menyebabkan kerosakan tayar. Keadaan tayar juga harus diperiksa dan memastikan tiada kerosakan.

3. Persedian menghadapi masalah tayar pancit juga perlu. Harus juga kita tahu bagaimana untuk menukar tayar yang rosak. Peralatan juga perlu lengkap untuk memudahkan proses menukar tayar ganti. Anda perlu ada, Sebuah tayar ganti, bicu (jack), perengkuh/sepana tayar, adaptor nat roda pengunci, sepasang sarung tangan yang berkualiti seperti 3M™ Comfort Grip Gloves (untuk mengelakkan kecederaan tangan).

4. Melindungi komponen daripada karat juga penting. Semburan 3M™ Anti Rust Lubricant AR-100 mampu mengelakkan pembentukan karat yang boleh merosakkan kenderaan. Nilai ph yang hampir neutral, 7.1 juga mampu membersih dan melincirkan masalah karat pada kereta.

5. Melindungi diri dari sinar UV. Cuaca negara kita yang beriklim tropika sememangnyer mencabar. Pemakaian perlindung tangan 3M™ Cool Arm Sleeves semasa memandu dalam cuaca panas pastinya membuat anda lebih selesa. Fabrik yang ‘breathable’, berteknologi ‘aqua-x’ dan menawarkan SPF 50+ akan melindungi anda daripada panas sinaran matahari.

6. Berehat sebentar jika mengalami keletihan. Singgah di R&R buat seketika untuk meregangkan badan, makan dan minum sebelum meneruskan perjalanan akan memabntu anda kekal fokus da;am pemanduan. Pemeriksaan ringkas pada kenderaan juga boleh dilakukan.

7. Berhati-hati dan memandu secara berhemah. Peka dan awasi bahaya yang ada di atas jalan raya. Kemudahan teknologi dan sistem navigasi canggih yang ada pada kenderaan juga mampu menjadikan pemanduan lebih baik.

Mengutamakan keselamatan dan keselesaan dalam setiap perjalanan tidak kira jauh mahupun dekat adalah sangat penting. Untuk maklumat lanjut tentang produk 3M, sila layari – www.3M.com.my

 

Share.

About Author

Leave A Reply