Honda CR-V 1.5TC

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Sudah beberapa generasi Honda telah melahirkan model CR-V di atas muka bumi ini. Dengan pelbagai rupa dan juga jenis enjin yang telah dipadankan bersama selama ianya diperkenalkan kepada para pengguna di seluruh dunia.


Untuk kenderaan jenis SUV yang ada di seluruh dunia, CR-V boleh dikatakan salah satu model yang popular lebih-lebih lagi di negara kita sendiri. Bagi para peminat kenderaan SUV, ianya merupakan satu hadiah yang bermakna apabila Honda memperkenalkan CR-V terbaharu yang lebih cantik dengan nadi lebih berkuasa. Walaupun enjin yang sebelum ini boleh dikatakan besar bagi jentera seperti ini, namun nadi terbaharu ini juga mempunyai kelebihan yang lebih luar biasa. model yang dilihat ini merupakan sebuah Honda CR-V pacuan 4 roda dengan bernadikan enjin 1.5 pengecas turbo. Padanan enjin 1.5 L VTec Turbo dengan kotak gear CVT ini mampu menyampaikan kuasa 193PS pada 5,600rpm dan tork setinggi 243Nm di antara 2,000 ke 5,000rpm. Ianya lebih berkuasa dan bertenaga berbanding enjin yang terdahulu.


Rekabentuk badan luarnya kelihatan lebih moden, kemas dan tampak lebih hebat dengan padanan lampu utama LED, lampu nyalaan siang LED serta lampu brek belakang juga LED. Spoiler belakangnya pula menambahkan lagi seri pada badan CR-V ini ditambah pula dengan rim aloi rekaan khusus berukuran 18 inci bersama.


Antara yang menarik perhatian pada bahagian dalam CR-V ini adalah papan pemuka paparan digital (TFT) di mana meter kelajuannya turut mempamerkan “Driver Attention Monitor’ yang akan memberi amaran bunyi serta ‘vibrate’ sekiranya anda agak cuai ketika memandu. Ini merupakan satu ciri keselematan yang baik untuk kita yang agak sibuk ketika sedang memandu. Selain itu, panel pintu, konsol di bahagian tengah serta papan pemukanya turut dihiasi kemasan kayu yang menjadikan CR-V ini kelihatan lebih premium dan eksklusif.


Sistem audio dengan skrin 7 inci turut boleh disambungkan dengan telefon mudah alih anda samada dengan sambungan Apple Carplay ataupun Android Auto.
Antara ciri-ciri lain yang ada pada Honda CR-V 1.5TC ini adalah sistem parking brek elektronik, VSA dan AHA dan semestinya teknologi Honda Sensing yang dipadankan padanya membuatkan ianya lebih mendahulu para pesaingnya yang ada di luar sana.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Honda CR-V terbaharu ini, anda boleh lawati bilik-bilik pameran berhampiran.

 

Share.

About Author

Leave A Reply