Ford Ranger Raptor

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Sudah bersedia menerjah jalan raya anda!!!
Yang dinantikan oleh semua penggemar jentera 4×4 kini sudah pun memasuki pasaran Malaysia. Sejak digembar-gemburkan sejak beberapa bulan, akhirnya Sime Darby Auto Connexion, pengedar eksklusif Ford Malaysia secara rasmi telah melancarkan jentera idaman ini semasa acara Kuala Lumpur International Motorshow baru-baru ini.


Ranger Raptor ini merupakan trak berprestasi tinggi yang pertama telah dibina di kilangnya di Asia Pasifik. Melihat keseluruhan jentera ini, ianya membuatkan kita mendapat sesuatu yang luar biasa telah berada di depan mata.


Trak ini didatangkan dengan enjin diesel 2.0 liter EcoBlue Bi-Turbo 4 silinder yang dipadankan dengan kotak gear Getrag 10R80 10 kelajuan bersama-sama fungsi ‘paddle shift’. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa 210hp dan daya kilas 500Nm. Selain itu, tambah lagi menarik dan berbeza dengan trak yang lain adalah sistem penyerap hentak Fox Racing Shox (PSD) didatangkan bersama-sama pada Ford Ranger Raptor ini. ianya telah terbukti dengan beberapa siri corak pemanduan yang berbeza.
Dimensi Ranger Raptor memiliki 1,873mm tinggi, 2,180mm lebar dan 5,398mm panjang. Lebar trek tayar depan dan belakang ialah 1,710 mm (lebih lebar 150mm berbanding Ranger), manakala jarak tinggi tanah, 283mm. Padanan rim dan tayar yang didatangkan juga telah membuat trak ini benar-benar tampak hebat dan seksi!


Rekabentuk luaran trak pikap ini diserlahkan menerusi penampilan gril depan hitam dengan frem unik yang tertera huruf FORD besar. Liang udara pada lampu kabus LED berfungsi mengurangkan rintangan angin ketika memecut lagi. Kerusi semi-bucket direka untuk keselesaan pemanduan off-road, manakala ruang kabin diberikan kemasan trim benang biru di beberapa bahagian.
Menurut Ford, Ranger Raptor dibangunkan khusus untuk pasaran Asia dan bukan versi dipertingkat daripada mana-mana model. Kenderaan ini sememangnya dihasilkan khas untuk meredah apa saja rupa bumi.


Harga yang ditawarkan untuk trak ini adalah RM199,888.00 dan didatangkan dalam 2 warna iaitu Lightning Blue dan Conquer Grey. Untuk merasai sendiri pengalaman atau melihat sendiri Ford Ranger Raptor ini, kunjungi mana-mana bilik pameran yang berdekatan. Dan ianya juga telah dibuka untuk tempahan!

Share.

About Author

Leave A Reply