Sistem Kawalan Kestabilan – Sistem pintar yang membantu anda mengelak dari hilang kawalan!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

ETC, TCS, DSC, ESP…

Sistem kawalan kestabilan elektronik atau electronic stability control akan mengesan kehilangan daya cengkaman dan kembalikan semula menggunakan brek dan sistem kawalan elektronik enjin. Situasi dimana sistem ini akan beraksi termasuklah understeer, oversteer dan wheel-spin.

Terdapat pelbagai jenis atau gelaran untuk sistem-sistem kawalan kestabilan elektronik mengikut pengeluar masing-masing, yang kini melengkapkan jentera-jentera mereka dengan alat keselamatan tersebut. Antara yang paling am, ialah Electronic Traction Control (ETC), Traction Control System (TCS), Dynamic Stability Control (DSC) dan Electronic Stability Programme (ESP). Biarpun mempunyai nama yang berbeza, sistem ini semuanya beroperasi dan mempunyai tujuan yang sama.

 

Bagaimana ianya berfungsi?

Untuk mengesan kehilangan daya cengkaman sesebuah jentera tersebut, beberapa sensor perlu dipasangkan terdahulu. Tamabahan pula setiap sensor ini akan diberikan tugas yang khusus dan akan mengumpulkan maklumat yang diperlukan – seperti apa yang sedang berlaku kepada kereta tersebut dan apa yang ingin dilakukan oleh pemandu.

Sensor-sensor yang kerap kali digunakan untuk mendapatkan maklumat ini adalah seperti, yaw sensor, gyro sensor, wheel-speed sensor dan accelerometer. Untuk mengumpul maklumat mengenai input pemandu pula, sensor seperti posisi stereng, posisi pendikit minyak, kelajuan enjin dan maklumat gear akan digunakan.

 

Bagaimana maklumat ini digunakan?

Apabila sistem kestabilan mengesan kehilangan daya cengkaman, ianya akan mencuba mengembalikan kawalan kenderaan tersebut menggunakan sistem brek dan sistem kawalan elektronik enjin. Sistem ini bertindak mengikut beberapa kriteria yang telah ditetapkan, bergantung kepada sebab disebalik kehilangan daya cengkaman yang boleh merangkumi wheel-spin atau semasa meluncur (sliding).

 

Wheel-Spin

Sistem traction control digunakan untuk mengurangkan kehilangan kuasa semasa berlakunya wheel-spin. Keadaan ini kerap berlaku semasa memandu pada permukaan yang licin, dan memecut dengan laju pada masa yang sama.

Traction control akan bertindak dengan mengaplikasikan brek pada roda tanpa cengkaman yang berputar tersebut, lalu menyalurkan kuasa kepada roda lagi satu yang mempunyai cengkaman.

 

 

Sliding

Sebuah kenderaan boleh dikatakan meluncur semasa mengalami understeer, oversteer atau kedua-duanya. Dalam situasi seperti ini, sistem kestabilan elektronik akan bertindak dengan mengaplikasikan brek pada roda-roda tertentu, dan mengurangkan tork enjin supaya jentera dapat dikawal semula.

Semasa mengalami understeer, daya tork akan dikurangkan lalu memindahkan berat ke bahagian hadapan (forward weight transfer), dan biasanya ini sudah mencukupi untuk mengembalikan kawalan. Namun, sekiranya kereta masih tidak dapat dikawal sistem ini akan mengaplikasikan brek pada roda belakang yang tertentu, mengikut keadaan.

Apabila berlakunya oversteer pula, brek akan diaplikasikan pada salah satu roda hadapan, dan ini akan membantu mengembalikan kawalan. Secara am, brek hanya digunakan pada roda yang mempunyai cengkaman sahaja.

Bagaimana sistem brek diaplikasikan?

Hampir semua kenderaan moden dilengkapkan dengan sistem ABS (anti-lock braking system). Sistem keselamatan ini membolehkan arah tujuan kenderaan diubah semasa dalam keadaan cemas dengan mengelakkan dari roda terkunci semasa menggunakan brek. Sistem ini menggunakan sebuah motor hidraulik untuk menghasilkan tekanan brek, dan motor tersebut turut digunakan oleh sistem kestabilan elektronik bagi mengaplikasikan tekanan brek kepada roda tertentu apabila diperlukan, sementara injap dalam unit ABS mengatur tekanan brek.

Kekurangan sistem ini

Seperti yang diterangkan di atas, sistem kestabilan elektronik menggunakan sistem brek dan sistem kawalan elektronik enjin untuk mengurangkan wheelspin atau kenderaan dari meluncur. Sistem ini amat efektif semasa di jalan raya tetapi tidak sesuai pula untuk diaktifkan di litar lumba. Biarpun begitu, kebanyakkan jentera berprestasi tinggi mempunyai pilihan untuk menyah-aktifkan sistem ini.

 

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply