Pengetahuan Tentang Rally – Bahagian 2

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

1) Pacenote

Mesti korang hairan dengan kecekapan seseorang pemandu Rally memandu kereta dengan laju di dalam stages tak kisah lah samaada jalan lurus atau mengambil selekoh yang tajam dan sebagainya. Sedangkan jalan di dalam SS tu ada yang lurus, ada yang bengkang bengkok dan kekadang ada juga selekoh beserta simpang tiga atau empat.

Sebenarnya, pemandu Rally ni sudah tahu apa yang akan berlaku atau bagaimana bentuk muka bumi serta keadaan di hadapan dengan berpandukan kepada Pacenote yang di baca oleh pemandu arah.

Pacenote ni lebih kurang macam Buku catatan yang amat penting kepada Juruarah. Ia merekodkan segala catatan atau panduan kepada pemandu Rally untuk mengemudi sesebuah kereta. Pacenote ini akan di baca oleh pemandu arah kepada pemandu rally dan berdasarkan Pacenote inilah Pemandu akan mengetahui apa yang akan di lalui di hadapan. Didalam pacenote inilah mencatitkan segala bentuk keadaan muka bumi perjalanan di dalam sesebuah SS itu.

Selalunya apa yang ada di dalam Pacenote adalah merupakan jarak laluan, tahap selekoh yang di ambil, keaadaan bentuk jalan, ada simpang di hadapan atau sebaliknya dan sekiranya ada sebarang halangan di hadapan. Oleh itu, pemandu akan berwaspada serta dapat mengawal jentera Rally dengan sempurna.

Terdapat pelbagai cara untuk membaca Pacenote ini. Walaubagaimana pun selalunya jurupandu arah akan membaca jarak pemanduan di ikuti dengan bentuk jalan dan seterusnya cara mengambil selekoh di hadapan.

Contoh pacenote :
Jom mula dari atas…

Contohnya seperti : Start 400 R5 – 50 TR3 – 100 > CR

Mula 400 meter lurus dihadapan selekoh Kanan 50 degree dan 50 meter dihadapan lurus jumpa simpang 3 bentuk “T” ambil Kanan, dan terus 100 meter lurus dihadapan ada bukit kecil

 

2) Footrest

Macam pelik jer namanya kan, tapi Footrest ini kalau bahasa biasanya di panggil tempat pemijak kaki khas untuk Jurupandu arah. Ia terletak di bahagian hadapan sebelah bawah ditempatkan di bahagian Jurupandu arah. Tujuannya adalah untuk memberi keselesaan kepada Pemandu arah untuk meletakkan kedua dua belah tapak kaki kehadapan. Ia dapat membantu Pemandu arah supaya telapak kakinya tidak tergantung dan dapat mengukuhkan kedudukan badan supaya tiada sebarang pergerakkan berlaku serta memberi keyakinan semasa kereta Rally berlumba.

Pemandu arah akan lebih yakin serta dapat membaca pacenote dengan mudah apabila memijak pemijak kaki ini kerana struktur badan tak akan bergerak dengan kuat.

Untuk lihat bahagian 1, klik link di bawah

https://shiftmag.my/teknikal/teknikal-pengetahuan-tentang-rally-bahagian-1/

3) Timecard

Timecard ni ibarat nyawa kepada semua peserta Rally. Kalau timecard ni hilang habislah jawabnya perlumbaan korang. Ia merupakan satu kertas yang saiznya lebih kurang ½ daripada kertas A4 yang mencatitkan segala masa yang di ambil dari satu jarak bermula atau point bermula sehinggalah satu jarak atau point yang sepatutnya pelumba itu berhenti. Masa yang di ambil semasa di dalam perjalanan ke SS dan masa yang di ambil semasa berada di dalam stages perlumbaan juga akan di ambil kira dan di catatkan di dalam Timecard ini.

Masa yang di catatkan adalah seperti masa bermula dan masa berakhir. Sekiranya kenderaan Rally sampai lewat atau awal ke Stages Marshall akan di catatkan masanya dan Timecard ini dapat mengawal masa kereta keluar dan masuk di dalam stages

4) Air Scoop

Ada terdapat sebilangan kecil sesebuah kereta Rally yang meletakkan Air Scoop ataupun senang di panggil lubang angin di atas kereta Rally. Ini adalah bertujuan untuk menyalurkan udara dari luar masuk kedalam kereta semasa perlumbaan bagi tujuan menyejukkan badan Pemandu dan Jurupandu Arah. Sebilangan besar kereta Rally tidak di lengkapi dengan sistem penghawa dingin bagi meringankan lagi kenderaan Rally tersebut. Oleh itu udara dari luar di perlukan untuk di salurkan kedalan kereta Rally bagi proses penyejukkan badan supaya tidak terasa terlalu panas apabila berada di dalam kereta. Sekiranya bahang panas semasa perlumbaan , ini akan memberi tekanan serta hilang tumpuan kepada pemanduan semasa berlumba.

Oleh : Suhaimi Nasroali

 

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply