Pengetahuan Tentang Rali – Antara perkara penting dalam suka rali

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Sukan Rali merupakan salah satu sukan yang di kategorikan sebagai antara sukan yang mencabar atau sukan extreme. Oleh yang demikian beberapa faktor harus di titik beratkan dan di ambil perhatian sepenuhnya sama ada sebelum berlumba atau semasa berlumba. Beberapa peralatan peribadi seperti keselamatan diri perlu perlulah di ambil tahu.

1) Peralatan peribadi untuk keselamatan

Antara barang – barang keperluan yang selalunya di bawa dan di pakai oleh setiap pemandu adalah seperti Helmet, sarung tangan, kasut, baju untuk berlumba ( racing suits ) serta balaclava. Sama juga seperti pemandu rali, jurupandu arah juga seharusnya di lengkapi dengan barang – barang di atas, cuma tidak memakai Glove ataupun sarung tangan sahaja untuk memudahkan membaca pacenote.

Perkasa – perkara asas tersebut amatlah penting dan ia dapat mengurangkan risiko kecerderaan diri terhadap pemandu ataupun jurupandu arah sekiranya berlaku sebarang kemalangan dan kecelakaan semasa sedang berlumba. Barang – barang peribadi ini serta aspek keselamatan ini adalah merupakan perkara utama juga yang di periksa semasa proses “ scrutineering “ di jalankan.

2)   Regulation Books ( buku peraturan dan panduan berlumba )

Buku peraturan dan panduan ini akan di keluarkan dan di berikan kepada setiap peserta  Rali oleh pihak penganjur dan di sahkan oleh badan permotoran yang bertanggungjawab di dalam merangka dan melaksanakan sukan Rali ini. Tujuannya tidak lain adalah sebagai panduan kepada pemandu rali dan pihka penganjur juga. Segala panduan serta peraturan terdapat di dalam buku ini.

Buku ini akan di kemaskini pada setiap tahun dan ada beberapa perkara yang mungkin akan berubah. Contohnya seperti yuran pendaftaran, insuran dan hadiah kemenangan. Terdapat juga beberapa perkara atau peraturan yang sedia ada tidak akan di ubah. Selalunya dari segi keselamatan, peraturan ini amatlah di titik beratkan dan di kekalkan peraturannya.

3) CRO ( Customer Relationship Officer )

Mereka ini merupakan pegawai daripada pihak penganjur yang bertangungjawab dan merupakan pegawai perantara di antara peserta rali mahupun pasukan rali kepada pihak penganjur. Segala pertanyaan dan sebarang berita terkini atau maklumat akan di sampaikan oleh mereka. Selalunya, mereka ini akan dilihat dan berada di “ Service Park” ataupun di “ Special Stages” untuk memberi makluman awal keadaan trak atau berlaku sebarang perubahan terhadap program serta “ itenary” rali.

Mereka boleh di hubungi untuk mengemukakan sebarang masalah atau pertanyaan yang berkaitan tentang kejohanan rali tersebut.

 

4) Recovery vehicle

Apa tugas dia ni?. Lain tidak bukan adalah sebagai kenderaan yang bertanggungjawab untuk membantu peseta yang tersangkut di dalam “ Special Stages” yang memerlukan bantuan untuk keluar dari SS. Kenderaan recovery ini selalunya akan di naiki oleh 2 atau 3 orang pegawai yang berada di dalam kenderaan tersebut.

Jika peserta rali tersangkut di dalam SS dan perlu di tarik keluar oleh pihak “ recovery “. Mata panalti akan di kenakan kerana tidak dapat meneruskan perlumbaan dan perlu di bantu oleh pihak penganjur. Oleh yang demikian , perserta rali tidak di benarkan untuk meneruskan perlumbaan pada hari tersebut dan untuk SS seterusnya. Melainkan , peserta rali di tarik keluar oleh peserta lain, maka tiada sebarang panalti di kenakan dan boleh meneruskan perumbaan.

Share.

About Author

Leave A Reply