Suzuki V100 – Project S

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Makin menjadi rebutan. Pantang ada nak jual, 5 minit je dah “SOLD”

Moto skuter V100 ni dulu, masa baru-baru keluar takdelah popular macam sekarang ni. Yelah, skuter kecik je, banyak orang cakap macam tak berbaloi kalau beli. Kalau budak-budak muda macam kita sekarang ni mana nk pandang dulu moto ni. Tak trend katanya. Kalau pergi kat Johor mcam Muar ke Tangkak, memang bersepah-sepah orang pakai kebanyakkannya ‘uncle-uncle’ dengan ‘auntie-auntie’ je yang bawak.

Entah macam mana, nak dijadikan cerita, dengan tiba-tiba je moto ni jadi popular. Sebab ada satu masa tu, trend skuter ni melonjak naik dengan kehadiran model-model baru pun dari pelbagai pengeluar dan yang popular dari model Suzuki gak macam VS 125, VS 150 dengan VR 125. Maka V100 punya populariti pun naik sekali sebab ada beberapa orang pomen dah mula modified si cilik ni jadi laju!

Boleh dikatakan, sampai sekarang ni model V100 memang ada harga dan jadi rebutan. Lebih-lebih lagi ada beberapa model Jepun yang sama dengan V100 ni. Maka, kreativiti orang Malaysia yang memang terkenal dalam proses kacuk mengacuk dan ubahsuai ni banyaklah menghasilkan jentera-jentera V100 yang cantik dan hebat di atas jalan.

Kalau korang baca spec moto ni, ‘confirm’ jadi seram sebab bukan biasa-biasa dia punya ubahsuai. Enjin asal dah dipadankan dengan ‘crankshaft’ yang dah dinaik taraf ditambah pula dengan piston milik RG Sport. Kepala silinder pula dipakaikan dengan Yamaha SS punya. Untuk melawaskan kuasa yang mampu dihasilkan, enjin ini dipasang dengan karburator original Sudco Keihin PWK yang berukuran 28mm bersama kabel pemulas milk Vespa. Sistem pendawaiannya pula diambil dari model CE13 termasuklah ‘capasitor discharge ignition’ milik model yang sama. Untuk ekzos, chamber direka oleh Waknol SpeedMetal dilekatkan dengan muffler dari PM Tuning. Owner ni kaya, maka enjin ni hanya dipakaikan dengan minyak 2T Moytul 800V je!

Untuk Nampak hebat dan menarik, takkan nak pakai aksesori asal V100… Maka dengan itu, pelbagai aksesori JDM dipadankan antaranya meter paparan Suzuki Address V100, ‘casing’ auto Address V100 CE13 dan tempat duduk Suzuki Address V50. Selain itu, beberapa aksesori tambahan yang menaikkan lagi seri pada jentera ini adalah ‘fast throttle’ Domino, sarung pemegang Supreme❌Fox Racing, lampu hadapan jenis ‘clear smoke’ RG Sport dari Monsuta, signal smoke CE13, lampu belakang Albino KN Smoke juga dari Monsuta, plat pemijak dari KN serta yang paling menarik perhatian adalah ada meter voltan jenama Daytona Japan.

Moto dah laju-laju, dah cantik, takkan nak pakai brek original kilang kan, maka Brembo Piaggio X9 dipadankan dengan hos Hel menjadi pilihan. Senang nk brek kalau nampak awek comel tepi jalan walaupun tengah layan ‘top speed’.

Untuk keselesaan, bahagian hadapan jentera ini dipakaikan dengan ‘fork’ Suzuki ZZ dari jenama Showa manakala penyerap hentak belakang pula dari Showa Daytona 300mm. Akhir sekali, rim Suzuki ZZ berukuran 12 inci dikenakan depan belakang dibaluti pula tayar Maxxis Gogoro F depan dan belakang.

Warna gula-gula oren (Orange Candy) yang dilayangkan pada badan V100 ini adalah hasil kerja dari Fazzley Rahman manakala keseluruhan pemasangan dan ubahsuai dilakukan oleh Boy Monsuta sebelum ditala kuasanya oleh One Seelong!

 

Spesifikasi Shift!

Motosikal : Suzuki V100

Enjin : Head Yamaha SS, Piston Suzuki RG Sport, Crankshaft up stroke 1mm, carburettor original Sudco Keihin PWK 28mm, wiring CE13, Capacitor Discharge Ignition CE13, pulley setting by ONE SEELONG, chamber by WAKNOL SPEEDMETAL, Muffler PM Tuning, chamber bracket by RKK RACING, kabel throttle Vespa, 2T Motul 800V

Ubahsuai : Warna Orange Candy, Original Domino fast throttle, Original Supreme❌Fox Racing glove grip, meter Address V100 Japan, casing auto Suzuki Address V100 CE13, frame plate Mooneyes, step plate by KN, pocket basket Malaysia, tempat duduk original Suzuki Address V50, front lens clear Suzuki RG Sport Smoke by Monsuta, signal lens smoke CE13, rear lens albino KN smoke by Monsuta, Voltmeter by Daytona Japan

Brek : Brembo Piaggio X9, HEL performance hose

Suspensi : Fork Showa Suzuki ZZ, rear absorber Showa Daytona 300mm

Rim & Tayar : Rim Suzuki ZZ 12”, tayar Maxxis Gogoro F 100/60/12 (depan) & 110/60/12 (belakang)

Workshop & Tuner : Tuning by ONE SEELONG, Spray body – FAZZLEY RAHMAN, Installation & fitting – BOY MONSUTA

Penjual Alat ganti : FARID MONCHEH RACING, BELTO Sarang v100, SAYAN ZING, WAN SP, PROJECT BLASWORK larkin jb, CROME parts by LUCKY13, SOUTHERN VESPA GARAGE

#malacca7scoot #speedmetal #oneseelong #belto #faridracing #sayanzing #wansp #projectwork #lucky13 #project_s #manisss #arabplayground #arabhobbies #arabscootparadise #v100

Foto : Iskandar Bamadhaj

GALERI :

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply