Hobi Gila! – Kegilaan yang bukan biasa-biasa…

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Jika suatu masa dahulu, kami di Shift pernah memaparkan suatu kisah mengenai anak muda bernama Shafiq atau lebih dikenali sebagai Shinnosuke yang gemar mengumpul mainan “diecast” bernilai ratusan ribu ringgit.

Bagi paparan kali ini, sekali lagi kami memaparkan tentang hobi gila beliau tetapi kali ini ada sedikit kelainan. Masih lagi mengumpul mainan tetapi kali ini bukan diletakkan dirumah seperti sebelum ini, tetapi di kedai membaiki komputer, printer, telefon dan barangan elektronik milik beliau dan 2 orang rakannya.

Shin, Shiva dan abangnya Murugan telah menjalinkan persahabatan lebih kurang 13 tahun apabila digandingkan untuk bekerja disebuah kedai memperbaiki komputer. Setelah beberapa lama bekerja makan gaji, maka mereka mengambil keputusan untuk membuka perniagaan mereka sendiri. Maka terhasillah Kedai Komputer WB IT terletak di Cheng, Melaka yang telah berusia hampir 3 tahun dengan konsep “Studio Toys”.

Dengan usaha mereka bertiga, kedai ini semakin dikenali dan berjaya menjadi pengedar dan juga pengedar Asus Computer. Di sini juga, mereka berkepakaran untuk menaik taraf komputer/komputer riba, “networking”, sistem kamera litar tertutup, mesin photostat dan banyak lagi yang berkenaan.

Baiklah, menariknya di sini, Shin adalah penggemar kenderaan berjenama Volkswagen dan beliau juga memandu sebuah Beetle tahun 1959 sebagai kenderaan harian beliau. Untuk menarik perhatian para pelanggannya, di bahagian luar kedai mereka telah dilakarkan dengan seni ‘grafiti’ dibahagian dalam dan luar kedainya yang telah menelan belanja sebanyak RM2000.

Memasuki ke dalam kedai, di segenap sudut para pelanggan yang datang pastinya akan menjamu mata, bukan kerana melihat peralatan komputer, tetapi terdapat pelbagai koleksi mainan “diecast” yang terdiri daripada jenama Hotwheels, Green Light, M2, Johnny Lightning, Autoart, Tarmac, Kyosho, Ignition Model, Otto dan banyak lagi yang terdiri daripada pelbagai saiz. Koleksi yang menjadi keutamaan di kedai ini adalah dari model Volkswagen Beetle dan Kombi yang menjadi kegilaannya.

Di samping itu juga, beliau turut memiliki koleksi ‘action figure’ pelbagai jenis yang terdiri dari jenama Neca, Hot Toys, Mattel dan Playground. Koleksi ‘figure’ ini selalunya akan digunakan untuk bergambar bersama setiap peralatan pelanggan yang telah siap diperbaiki.

Melihat semua koleksi yang ada di sini, ternyata hobi beliau ini bukan mudah untuk diikuti. Koleksi di rumah beliau masih lagi sama seperti dahulu ditambah pula koleksi baharu yang dapat kita lihat di kedainya. Semasa artikel ini ditulis, menurut beliau, masih ada lagi koleksi-koleksi yang ditempah belum sampai disebabkan faktor virus Corona yang menimpa seluruh dunia.

Pesanan terakhir, Silalah Menjamu Mata Anda Semua!!!!

Foto : Shinnosuke

GALERI :

Share.

About Author

Leave A Reply