10 Model Kereta Bawah RM10 Ribu Yang Popular Untuk Tujuan Modifikasi di Malaysia

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

 

1. Kelisa – Kelisa merupakan sebuah model yang dikeluarkan oleh Perodua yang diadaptasi dari model Daihatsu Gino dan juga Cuore TR. Oleh yang demikian, dengan harga yang mampu milik sekarang, ianya sentiasa menjadi buruan kaki modifikasi untuk diubah suai. Selain itu, bagi mendapatkan lebih kuasa, kebanyakkan pemiliknya akan menggunakan enjin YRV Turbo ataupun enjin Storia sebagai pengganti yang asal.


2. Perodua Kancil – Sama seperti Kelisa juga, akan tetapi kancil merupakan model terawal yang dihasilkan oleh Perodua berlandaskan identiti dari Daihatsu. Antara model yang dikacukkan oleh si peminatnya adalah L5, L2s dan juga L6. Bagi mereka yang begitu taksub dengan aksesori pula, mereka sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Aksesori seperti Hello Kitty dan D Sport antara yang bakal membuatkan Kancil itu memiliki nilai yang lebih tinggi. Jangan terperanjat ye, Kancil yang telah diubahsuai nadinya juga mampu menghambat sebuah Evo!

 

3. Perodua Myvi – Dengan hadirnya model-model Myvi yang baharu, model awal yang telah lama makin tidak dapat mempertahankan harganya. Namun begitu, bagi para peminak k-kar, inilah masanya untuk mereka memulakan projek-projek gila yang mungkin sebelum ini tertangguh. Myvi edisi pertama yang ada di atas jalan raya negara kita sekarang kebanyakkannnya yang lawa-lawa dan bergaya pasti sudah di ‘convert’kan samada menjadi sebuah Toyota Passo ataupun Daihatsu Boon X4. Dan enjinnya pula takkan kekal yang lama… Pastinya nadi K3VET ataupun KJVET menjadi pilihan untuk mendapatkan kuasa yang lebih membanggakan. Nama pun k-kar, pelbagai konsep dengan aksesori menarik boleh dipadankan pada jentera-jentera mereka. Ada wang, semua jadi.

 

4. Proton Wira/Satria – 2 model Proton ini adalah yang sangat popular di negara kita sejak dahulu lagi. Kalau tak diubahsuai, tak wajib bagi si pemiliknya. Bagi mereka yang gemar berlumba, Satria antara pilihan utama untuk disumbatkan dengan nadi-nadi berprestasi Mitsubishi seperti 4G93 Dohc, Mivec, 4G63T, VR4 ataupun GSR Turbo. Untuk Wira pula, ada yang lebih kreatif bukan sahaja dari segi enjin, malah badannya juga diubah untuk tampak seperti sebuh Evo yang asli. Hebat bukan anak-anak Malaysia!

 

5. Proton Saga/Iswara – Bagi mereka yang cintakan keaslian, jentera mereka akan dijaga rapi dan dikekalkan dengan pelbagai aksesori asal di badan kenderaan mereka supaya tampak menarik perhatian apabila dipandu di atas jalan raya. Walaubagaimanapun, setelah perlumbaan MSF yang sudah memperkenalkan kategori Saga Cup, model-model ini semakin menjadi buruan oleh para pelumba dan juga bengkel-bengkel yang berminat untuk menyertainya. Dengan harga yang mampu milik ianya agak mudah untuk dimiliki.

 

6. Mazda Lantis / Ford TX3 (Laser) – Kedua-dua model ini amat popular dengan penggunaan nadi B8 Turbo. Sekarang masih ada lagi pemainnya namun agak kurang untuk menonjolkan diri.

7. Honda EF Sedan – Masih lagi boldeh didapatkan dengan harag bawah 10k siap dengan nadi B16A. Namun, jika mahukan lebih kuasa, maka modal yang harus digunakan pun lebih banyak.

 

8. Toyota Corolla – Antara model yang masih hangat adalah KE70, AE92, AE101 dan AE111. Nadi yang biasa kita boleh dapat untuk model-model ini antaranya 4AGE 16V, 4AGE20V ataupun 4AGZE Supercharge.

 

9. Nissan Bluebird U12/Sentra B13-B14 – Bagi model-model ini pula biasanya popular dikalangan orang-orang lama. Pastinya, dengan kekemasan luaran yang sedap dipandang mata, jentera ini dipadankan pula dengan enjin SR20DE Neo VVL / SR20 DET yang pasti tidak akan mengecewakan.

 

10. Daihatsu Charade – Bila sebut sahaja Charade secara automatik orang ramai akan fokus terhadap model Detomaso. Ya, ianya merupakan salah satu model yang sangat popular dalam keluarga ini dan agak jarang memunculkan diri oleh pemiliknya. Biasanya enjin 4EFTE milik Starlet ataupun HD-E 1.6 akan menguasai si Charade ini.

Ini semua merupakan 10 yang popular menjadi mainan orang-orang di Malaysia. Jika ada diantaranya salah ataupun boleh ditambah, dengan hormat dipersilakan kepada anda semua untuk berkongsi segala maklumatnya.

Share.

About Author

Leave A Reply