Nikmati perjalanan dengan Caltex dan berpeluang memenangi 2 Toyota C-HR Baharu -Promosi Ohayo Caltex menawarkan hadiah-hadiah menarik.

Chevron Malaysia Limited, pemilik jenama Caltex menjemput semua pemandu merebut peluang dalam Promosi Ohayo Caltex yang berlangsung hingga 15 Julai 2020.

Berikutan kejayaan peraduan dan promosi “Fuelled to Win”pada tahun lepas, Chevron melancarkan Promosi Ohayo Caltex dengan menawarkan bukan hanya satu, tetapi 2 buah kereta Toyota C-HR sebagai hadiah utama. Hadiah lain termasuk pakej pelancongan ke Jepun dan baucer dari Aeon dan Panasonic.

Memandangkan ketika ini masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan, Caltex akan memastikan pakej pelancongan ke Jepun akan sah sehingga 31 Disember 2021 untuk para pemenang menikmati pemandangan dan budaya Jepun dalam keadaan yang sudah stabil.

Untuk menyertai promosi ini, anda hanya perlu pam minima RM30 di stesen Caltex dan hantarkan gambar resit ke 018 299 9980 melalui  aplikasi Whatsapp. Anda juga boleh mengimbas Kod QR di stesen dan mengikut arahan selanjutnyer.

Pemegang kad B Infinite dan Caltex JOURNEY akan lebih berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.caltex.com/my atau ke facebook :- www.facebook.com/Caltex.Malaysia .