Three Diamond Members Road to Suratthani 2019 – (Evo Day Thailand 2019)

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Evo Day kembali lagi. Tahun ini giliran Thailand menjadi tuan rumah untuk Evo Day 2019 telah berlangsung pada 5-7 april 2019 yang telah di adakan di Khanom Beach, Suratthani, Thailand. Pada acara kali ini, sebanyak 34 buah jentera Mitsubishi dari Malaysia yang mewakili Three Diamond Members         (Kelab Mitsubishi Evolution Malaysia) berkonvoi ke SURATTHANI Thailand. Jumlah penyertaan dari Malaysia agak sedikit menurun berbanding Evo International Meeting Phuket 2017 yang telah mencatatkan hampir 50 buah jentera telah mewakili Malaysia.

Acara Evo Day pada kali ini lebih bertemakan kekeluargaan di mana acaranya lebih bertumpu kepada sukaneka dan sesi ramah mesra. Bermula dengan konvoi 13 buah jentera dari Kuala Lumpur menuju ke hentian pertama di RTC Gopen dan berkumpul dengan rakan-rakan yang lain seterusnya meneruskan perjalanan menuju  RTC NAPOH Jitra, di mana terdapat beberapa buah jentera lain telah menunggu di sana.

Urusan insuran dan ‘white card’ diselesaikan di RTC Napoh sebelum konvoi bergerak memasuki sempadan Thailand. Pada jam 8 malam, para peserta dari Central  dan Utara selamat melepasi sempadan dan menuju ke hotel penginapan di Hatyai sementara menunggu ketibaan rakan-rakan dari Pantai Timur. Namun, di khabarkan terdapat sebuah jentera telah mengalami kerosakkan dibahagian enjin dan terpaksa di towing pulang ke Kuantan. Namun begitu, atas semangat yang tinggi pemilik jentera tersebut tetap meneruskan perjalanan dengan menaiki kenderaan rakan-rakan yang lain dan sempat sampai ke pintu sempadan sebelum ianya ditutup.

Keesokan paginya, konvoi Three Diamond Members seterusnya bergerak  diiringi oleh  rakan-rakan dari EVOSOUTH THAILAND menuju ke Khanom Beach Resort, Suratthani Thailand. Konvoi telah sampai sekitar jam  4 petang. Pada hari tersebut, mereka semua melakukan aktiviti bebas.

Hari seterusnya,  kesemua peserta telah berkumpul. Lebih daripada 150 buah jentera Misubishi  Evo berkumpul dan bergambar. Acara pada kali ini telah disertai dari 5 buah negara  iaitu Malaysia (Three Diamond Members), Thailand (Evosouth Thailand/Mitsubishi Lancer Registered Thailand/QuarterTech Thailand/Evo Shop), New Zealand, Australia & Singapore.

Pada sebelah petang aktiviti sukaneka telah dijalankan di tepi pantai. Pada sebelah malamnya pula telah diadakan majlis makan malam dan majlis penyerahan hadiah serta cabutan bertuah. Walaupun agak ringkas, ianya merupakan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana mereka semua dapat berkumpul dan berkongsi pelbagai pengalaman dan ilmu baru dari banyak pihak.

Keesokan pagi, setelah bersarapan, para peserta  bergerak menuju ke Hatyai untuk bermalam sambil berehat sebelum meneruskan perjalanan pulang ke tanah air.

Teks : Max Carburator      Foto : Max, Shahir Ghani & Eastern Squad

GALERI :

Share.

About Author

Leave A Reply