TEKNIKAL – MINYAK ENJIN : PERKARA ASAS YANG HARUS DIKETAHUI

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Ramai di antara kita suka memandu. Tetapi tidak ramai pula yang mengambil berat dalam memilih minyak pelincir bagi keretanya. Sedangkan, jika anda merenung sejenak, enjin ialah jantung kereta dan ia hanya dapat memberikan prestasi dan ketahanan yang anda harapkan sekiranya dijaga dengan baik. Faktor utama dalam menjaga enjin supaya ia sentiasa elok ialah pemilihan minyak enjin yang bermutu. Hanya minyak yang bermutu dapat membantu anda mencapai itu semua.

 Apakah fungsi minyak pelincir?
Minyak pelincir ( bahasa mudahnya minyak hitam) berfungsi melicinkan bahagian enjin untuk mengurangkan geseran, supaya engin boleh bergerak lancar dan dilindungi daripada menjadi haus. Lebih baik kualiti minyak pelincir, lebih baik perlindungan dan prestasinya.

 

 

 Pelinciran yang kerap

Minyak pelincir mengalir turun ke takungan dibahagian bawah enjin apabila kereta tidak digunakan pada sebelah malam. Penurunan suhu juga akan menebalkan minyak itu. Ini bermakna minyak perlulah menjadi cukup cair untuk mengalir ke bebola (bearings) sebaik sahaja enjin dihidupkan pada waktu pagi. Tetapi, apabila suhu enjin meningkat kerana kereta laju, minyak pelincir mestilah cukup kukuh untuk menjadikan dirinya sebagai selaput untuk melindungi karburetor, tuil injap, lengan hayun dan hujung injap. Anda memerlukan minyak pelincir yang seimbang dan mempunyai campuran bergetah yang betul untuk menjaga pelinciran enjin dalam keadaan yang terlampau panas dan sejuk. Penzoil ialah minyak yang dicipta khusus untuk mempastikan pelinciran berlaku cepat apabila enjin dihidupkan daripada keadaan yang sejuk atau ketika suhu tinggi kerana perjalanan yang jauh atau kerana perjalanan dibandar yang tidak menentu kelajuannya.

 Perlindungan daripada asid yang menghakis

Wap dan gas dihasilkan apabila petrol atau bahan api membakar. Apabila enjin yang panas menjadi sejuk, sebahagian dari wap itu menjadi tebal dan campur dengan gas untuk menjadi asid yang menghakis disekeliling lingkaran (enjin), selinder, dan omboh. Ini mengakibatkan bahagian-bahagian itu terhakis atau berkarat. Kejadian ini bagaimanapun dapat dikurangkan sekiranya ada pelinciran yang kerap.

 

Menjaga kebersihan enjin selalu

Pembakaran petrol atau bahanapi juga menghasilkan enapan jelaga dan karbon. Minyak pelincir yang baik akan mengapungkan bahan-bahan sampingan itu supaya tidak terkumpul ditepi-tepi ruang pembakaran sehingga menganggu penyalaan enjin, perjalanan yang menyulitkan dan akhirnya kehilangan kuasa. Apabila minyak enjin kereta anda ditukar pada lain kali, harap perhatikan warna minyak enjin yang ditukarkan dari ruang bawah enjin. Minyak pelincir yang baik akan mengalir keluar dari enjin dengan warna hitam legam kerana ia mengandungi partikel yang dilekangkan dari tepi-tepi ruang pembakaran dan yang akan dikeluarkan dari enjin apabila minyak enjin ditukar. Sekiranya minyak pelincir yang mengalir keluar dari enjin itu bersih, ini bermakna kotoran sudah tertinggal didalam enjin. Selepas suatu tempoh yang panjang, bahan-bahan yang tertinggal itu akan menghakis bahagian enjin.

Memahami tahap viscosity

Viscosity merujuk kepada betapa mudahnya kelikatan minyak itu berubah mengikut suhu. Minyak yang cair/nipis, lebih sesuai untuk cuaca sejuk bagi memudahkan enjin dihidupkan dan mengurangkan geseran, manakala minyak yang likatr menjamin kekuatan lapisan yang bakal terbentuk, termasuk mengekalkan keadaannya pada tahap beban dan operasi bersuhu tinggi.

Tahap Viscosity minyak enjin ditentukan di makmal mengikut prosedur yang ditetapkan oleh society of Automotive Engineers (SAE). Tahap kelikatan ini biasanya berada pada julat 0 hingga 50. Huruf W selepas nombor tersebut adalah singkatan kepada Winter, iaitu gred minyak ketika berada pada suhu 0º Fahrenheit atau -17.8 º Celsius. Sebagai contoh, Minyak yang bermula dengan nilai 5W adalah jauh lebih nipis berbanding 10W dan begitulah seterusnya

 Minyak enjin pelbagai viscosity

Kebanyakkan minyak enjin moden yang berada di pasaran, diformulasikan agar memiliki tahap kelikatan minima dan maksima. Minyak enjin ini mampu bergerak dengan baik pada suhu rendah bagi memudahkan enjin dihidupkan, tetapi cukup likat untuk membentuk lapisan filem yang kuat ketika mencapai suhu tinggi. Minyak pelbagai viscosity biasanya ditunjukkan oleh dua nilai yang berbeza. Antara yang popular  adalah jenis 5W-20, 5W-30, 10W-30, 10W-40 dan 20W-50.

 Viscosity mana yang harus dipilih?

Kebanyakkan pengeluar kenderaan hari ini telah menentukan tahap viscosity minyak yang harus digunakan. Rujuk manual kenderaan anda untuk mengetahui nilai sebenar kadar viscosity yang disyorkan. Jika kenderaan anda telah lama digunakan, keadaan enjin termasuk tahap kelegaan komponen dalaman sudah meningkat. Dalam keadaan ini, anda disarankan supaya beralih kepada minyak dengan tahap viscosity yang lebih tinggi bagi menjaga kesihatan selain mampu mengurangkan bunyi yang kurang menyenangkan. Sebagai contoh, jika pengeluar menyarankan minyak enjin dengan tahap SAE 5W-30 sebelum ini, anda boleh beralih kepada  minyak dengan tahap viscosity 10W-30 untuk perlindingan lebih baik. Penambahan kelikatan yang terlalu tinggi bagaimanapun tidak digalakkan kerana ia boleh meningkatkan beban enjin dan menurangkan kuasa kuda pada crankshaft.

Jenis minyak enjin

Minyak enjin sintetik adalah minyak enjin yang disaring pada peringkat yang lebih tinggi berbanding minyak biasa. Ia adalah minyak premium yang memiliki kestabilan viscosity yang lebih tinggi, tidak mudah berubah dan dapat bertahan pada operasi suhu yang ekstrim. Minyak sintetik juga mempunyai keistimewaan lain termasuklah memudahkan enjin dihidupkan, mengurangkan geseran dan suhu enjin, penggunaan bahan api yang lebih ekonomik serta membantu meningkatkan prestasi enjin. Biarpun dijual pada harga yang tinggi, ia masih berbalaoi kerana kitara penggunaannya adalah jauh lebih lama berbanding minyak biasa.

Bagi pengguna yang ingin mendapatkan manfaat minyak sentetik tetapi dijual pada harga yang lebih murah, anda boleh menggunakan minyak enjin yang dicampur dengan bahan sintetik. Campuran ini biasanya pada kadar 25 peratus kepada minyak enjin konvesional. Walaubagaimanpun, ia masih tidak menawarkan kesemua kelebihan yang ada pada minyak sintetik sebenar. Kelas paling bawah adalah minyak enjin jenis mineral. Ia adalah minyak asas dengan sedikit bahan tambahan tetapi masih memiliki ciri dan fungsi sebagai minyak enjin. Minyak jenis ini jiga diakui antara yang paling banyak dijual kerana factor harganya yang murah. Terdapat beberapa lagi minyak enjin lain yang direka secara spesifik mengikut jenis dan aplikasi kenderaan seperti minyak khusus untuk kegunaan trek, enjin turbo, enjin kenderaan ringan dan berat, atau enjin dengan jumlah batuan yang lebih tinggi.

Cara terbaik memeriksa paras minyak enjin

Bagi kebanyakan orang topik ini adalah perkara yang remeh dan semua orang boleh lakukan. Tetapi masih ada pengguna yang tidak tahu perkara asas dalam melakukan kerja ini. Apabila memeriksa paras minyak di dalam enjin, kereta mestilah dalam paras / keadaan rata (tidak senget), dan mestilah enjin dalam berkeadaan sejuk. Sesetengah orang enggan membuka ‘crankcase’ atas sepenuhnya, dan mereka selalu memeriksa ‘dipstick’ sejurus mematikan enjin kenderaan. Memeriksa paras minyak dengan cara ini memberi bacaan yang mengelirukan kerana kuantiti minyak (biasanya setengah liter) sebahagiannya masih terdapat di ‘oilway’ dan ‘passages’ di dalam enjin, dan mengambil masa untuk mengalir turun ke ‘crankcase’. (di dalam gambar; bahagian berwarna biru menunjukkan di mana minyak masih mengalir turun ke dalam ‘sump’). Dalam keadaan paras minyak enjin yang bukan sebenar seperti tertera pada ‘dipstick’, mereka kemudian menambah lagi minyak ke dalam enjin. ‘Oilways’ dan ‘passages’ yang kosong, dan kemudian enjin dipenuhi lebih minyak pelincir, melebihi paras penanda ‘MAX’ pada ‘dipstick’.

Jadi waktu bilakah yang paling sesuai untuk memeriksa paras minyak pelincir enjin
Jika enjin kenderaan anda sejuk (contohnya setelah semalaman di garaj) anda boleh terus periksa paras minyak enjin anda. Minyak pelincir telah pun mengalir sepenuhnya ke dasar tangki. Cuma pastikan kedudukan kenderaan yang rata. Jika enjin masih panas (setelah dipandu) maka anda perlulah tunggu lebih kurang 30 minit supaya kebanyakan minyak betul-betul mengalir ke bawah.

 

Share.

About Author

Leave A Reply