Teknikal – Keselamatan Kenderaan (Brek & Tayar)

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Foto : Arkib Shift Magazine

Keselamatan kenderaan yang telah diubahsuai merupakan salah satu aspek utama bagi menjamin kegunaan kenderaan dengan selamat semasa di jalan raya. Namun begitu, ia juga satu aspek yang selalunya diabaikan semasa proses mengubahsuai. Sebuah kenderaan harian yang telah diubahsuai haruslah selamat untuk pemandunya, penumpangnya dan pengguna jalan raya yang lain termasuklah pejalan kaki.

Pada hakikatnya, anda, samada betul atau tidak harus bertanggunjawab untuk keselamatan pengguna jalan raya yang lain sebaik sahaja berputus untuk mengubahsuai kenderaan kamu. Kemalangan yang melibatkan kenderaan bermotor boleh membawa maut dan dengan mengubahsuai kenderaan kamu, anda menjadikannya satu senjata yang lebih merbahaya. Oleh kerana itu anda harus memandu dengan cermat serta haruslah bertanggungjawab untuk tindakan anda, dan ia semuanya bermula dengan mempertingkatkan keselamatan kenderaan kamu.

Terdapat empat aspek utama yang perlu dipertimbangkan semasa mengubahsuai sebuah kenderaan. Antaranya; pengendalian kenderaan yang melibatkan sistem suspensi, pegangan kenderaan yang melibatkan kondisi tayar dan suspensi, brek kenderaan dan peralatan keselamatan seperti tali keledar keselamatan.

Sehubung dengan itu, kecekapan memandu dan sifat memandu dengan cermat turut dapat mempertingkatkan keselamatan semasa di jalan raya. Bakat memandu serta keupayaan mengawal sebuah kenderaan dapat dipertingkatkan melalui kelas pemanduan ‘defensive driving atau advanced driving’. Walau bagaimanapun, ini tidak memberikan anda lessen untuk memandu dengan cuai atau secara merbahaya semasa di jalan raya.

Bagi kenderaan pula, dua elemen yang terpenting untuk keselamatan kenderaan dengan tentunya merupakan sistem brek dan tayar. Sistem brek bagi sesebuah kenderaan hanya seefektif dengan jumlah pengangan, dan tayar kenderaan bertanggungjawab untuk memberikan cengkaman. Tambahan pula, jumlah besar daya pecutan dan nyah-pecutan, serta daya dan tork kawalan pemanduan dan stability, semuanya bergantung kepada cengkaman tayar.

Tayar dan sistem gantungan mempunyai peranan yang amat penting dalam pegangan sesebuah kenderaan, dan cengkaman inilah yang membolehkan kenderaan tersebut memecut, memberhenti dan dikawal dengan mudah serta stabil. Oleh itu cengkaman ke permukaan jalan penting bagi keselamatan kenderaan. Mempertingkatkan sistem brek, sebagai contoh, merupakan usaha yang disia-siakan sahaja jika kenderaan tidak mempunyai cengkaman yang secukupnya atas sebab tayar yang haus ataupun penyerap hentak yang rosak. Ini nyata semasa tayar yang telah haus akan terkunci semasa brek digunakan, dan roda perlu berputar sepaya sesebuah jentera itu dapat diperlahankan dengan efektif.

Satu langkah pencegahan yang mudah adalah dengan memeriksa kedalaman bunga pada tayar dan samada haus atau tidak. Walau bagaimanapun, jumlah cengkaman yang dapat diberikan tayar asal sesebuah kenderaan, biarpun dalam keaddan yang baik, mungkin tidak mencukupi bagi jentera yang telah diubahsuai dan berkuasa tinggi. Bagi kenderaan yang telah diubahsuai anda perlukan tayar yang lebih lebar untuk memperluasakan tapak sentuhan permukaan tayar ke jalan dan tayar profil rendah yang mempunyai dinding sisi yang lebih kukuh untuk pemanduan yang lebih lincah. Dan sekiranya menggunakan tayar yang lebih lebar, jangan lupa untuk mempertingkatkan sistem suspensi supaya bersesuaian dengan penambahan beban ‘un-sprung weight’ tersebut.

Tidak kira saiz tayar yang dipasangankan ke atas kenderaan, anda harus memeriksa tekanan tayar dari masa ke semasa untuk memastikan cengkaman yang optima. Bagi tayar yang kurang tekanan udara, beban akan dipusatkan pada kawasan sisi tayar. Ini menyebabkan ‘flex’ semasa roda berputar dan mennyebabkan dinding tayar menjadi terlalu panas. Tayar yang mempunyai tekanan udara berlebihan pula akan memberikan pemanduan yang kurang selesa, dan oleh kerana beban akan terletak pada bahagian tengah tayar, ianya juga kurang efektif dalam memberikan cengkaman.

Peningkatan taraf kepada sistem brek selalunya menjadi bahagian yang terakhir dalam proses mengubahsuai sebuah kenderaan namun, ianya turut merupakan elemen yang paling penting untuk keselamatan kenderaan.

Dasarnya, prestasi sistem brek harus dipertingkatkan sebaik sahaja prestasi enjin ditingkatkan. Semakin laju dan tinggi kuasa kenderaan anda, maka efisyensi sistem brek turut perlu ditingkatkan bagi menghentikan kenderaan dengan efektif. Begitu juga dengan beban tambahan seperti pemasangan sistem audio yang berat. Brek asal sesebuah kenderaan tidak mencukupi atau kurang efektif untuk menghentikan kenderaan yang terlampau berat ataupun tidak bersesuaian dengan prestasi kuasa yang telah ditingkatkan dan berpunca kepada ‘brake-fade’.

Kebetulan pula, terdapat beberapa perkara yang dapat anda lakukan untuk mempertingkatkan sistem brek anda. Ini termasuk memasangkan cakera brek berliang yang berdiameter lebih besar, menggunakan angkup brek yang lebih mencengkam, menggantikan brek gelendung kepada sistem brek cakera, menggunakan silinder utama yang lebih besar, memasangkan saluran brek hos lilitan dawai, dan menggunakan bendalir brek yang mempunyai nilai D.O.T yang lebih tinggi.

Dalam ruangan teknikal kali ini, kita telah membincangkan keselamatan sesebuah kenderaan melalui naik-taraf sistem brek dan tayar. Walau bagaimanapun, langkah pencegahan paling utama merupakan gaya pemanduan yang lebih cekap dan sifat bertanggunjawab semasa memandu. Utamakan keselmatan di jalan raya!

Share.

About Author

Leave A Reply