Proton Satria Iwan Mee Udang – Sea Master

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Dengan kelahiran jentera-jentera seperti ini di arena perlumbaan Malaysia, ianya akan mewujudkan lebih kemeriahan bagi sukan permotoran tempatan

Setiap jentera yang digunakan dalam perlumbaan memiliki keistimewaan serta kemampuan yang berbeza. Walaupun kebanyakkannya menggunakan perlatan yang boleh dikatakan sama, namun ianya tidak boleh di nilai hanya pada luaran sahaja. Setiap pembina dan penala akan memastikan jentera hasil kerja tangan mereka memiliki prestasi yang sangat cemerlang di atas litar, namun pelbagai faktor yang akan membuat sesebuah jentera itu laju ataupun tidak.

Selain faktor peralatan dan juga talaan, pemandu itu sendiri turut memainkan peranan penting dalam melakukan ‘starting’ dan juga corak memasukkan gear. Bukan mudah untuk menjadi juara, namun itulah hakikatnya.

Jentera Proton Satria yang ingin dirungkaikan pada paparan kali ini merupakan sebuah jentera yang boleh dikatakan sentiasa menyertai acara-acara perlumbaan drag di Malaysia. Baik di Litar Sepang ataupun perlumbaan drag yang dianjurkan oleh penganjur-penganjur luar, jentera ini pasti tidak akan ketinggalan untuk bersama-sama memberi saingan. Jauh atau dekat tidak pernah menjadi masalah kepada pemiliknya iaiatu saudara Iwan yang akan sentiasa bersemangat dalam meneruskan minatnya dalam perlumbaan sukan bermotor di negara kita.

Membawa nama kedai makananya yang terletak di Jitra, Kedah, jentera Proton Satria Drag Iwan Mee Udang ini telah dilakukan pelbagai ubah suai serta naik taraf baik dari segi enjin dan juga fizikal luar dan dalamnya. Jentera ini telah dilengkapi dengan nadi yang diambil dari sebuah model Mitsubishi yang telah dirombak keseluruhannya. Enjin tersebut kemudiannya diubahsuai dengan penggunaan blok berkod 4D68T. Ya, ini adalah kenyataan. Blok diesel ini kemudiannya dipasangkan dengan piston berjenama Ross. Kepala silinder 4G63T dari model Evo 3 yang digunakan telah dipasangkan dengan aci sesondol GSC Power Division stage 3 diikat bersama pulley boleh laras AEM lengkap dengan retainer dan juga injap dari jenama Ferrea.

Bahan api dari tangki aloi rekaan kustom dipam oleh ‘fuel pump’ OBX ke pelaras bahan api Sard seterusnya dihantar ke rel bahan api Madness dan dipancitkan ke dalam bahagian kebuk melalui unit injektor ID High Imp bersesaran 2200cc. Udara yang disejukkan melalui unit intercooler AVS seterusnya akan melalui paip stainless steel yang lengkap dengan ‘blow-off’ Tial bagi melepaskan tekanan udara berlebihan yang disedut masuk oleh unit ‘throttle body’ rekaan kustom ke dalam ruangan intake yang turut direka khas bagi enjin hebat ini.

Penjanaan enjin ini menjadi lebih bertenaga dengan penggunaan turbo Garret GTX40 yang juga turut ditenggekkan bersama ‘wastegate’ Tial. Ianya turut disambungkan terus ke bahagian ekstraktor banana ADM. Kawalan boost lebih sempurna dengan penggunaan unit ‘controller’ rekaan Turbosmart. Hos Samco Sport pula ditugaskan untuk memastikan setiap saluran pada enjin lebih berketahanan tinggi serta tidak mengganggu prestasi ketika enjin didesak kuasanya.

Penghantaran kuasa dari enjin ke bahagian roda dilakukan melalui penggunaan kotak gear 5 kelajuan 4G63T lengkap dengan sistem klac Quatermaster serta LSD dari Cusco. Talaan keseluruhan kuasa enjin pula dilakukan dengan menggunakan unit ecu Microtech LT10s dan X4 dibantu pula dengan MSD 6 Plus untuk keputusan yang lebih mantap.

 

Sebuah jentera perlumbaan pasti memerlukan sistem pemberhentian yang cemerlang. Oleh yang demikian, pemiliknya telah memasangkan set brek lengkap dari model Evo 3 beserta pelapik brek yang berketahanan tinggi. Untuk menampung berat ditambah pula bagi memastikan tahap kestabilan jentera ini berada di tahap yang sempurna, ianya telah dipasangkan dengan sistem penyerap hentak boleh laras BC.

Ruang dalaman sebuah jentera perlumbaan bukanlah kelihatan mewah seperti jentera kegunaan harian. Ruangan kokpitnya kelihatan amat ringkas dengan dengan pasangan tempat duduk Recaro beserta stereng perlumbaan OMP 3 spoke. Jentera ini juga turut dilengkapi dengan ‘roll cage’ rekaan Cusco untuk fungsi keselamatan yang lebih terjamin. Di atas papan pemukanya pula diletakkan dengan meter paparan bagi tekanan minyak, tekanan bahan api serta suhu air dari Works serta meter RPM dan ‘shift light’ dari Auto Meter. Meter paparan boost Apexi pula diletakkan di bahagian tiang panel tepi pemandu.

Kit badan dari Mitsubishi Evolution II dipasangkan di bahagian hadapan jentera ini untuk penampilan yang lebih menarik bagi sesbuah jentera perlumbaan. Rim rekaan anak tempatan Atara Racing ‘Pisang’ berukuran 15 inci telah menjadi pilihan untuk dipasangkan pada jentera ini dibaluti tayar perlumbaan Mickey Thompson untuk bahagian depan manakala rim Advan RG 17 inci di bahagian belakang.

Pembinaan jentera ini adalah hasil kerja tangan dari pihak Notti Garage bersama NZ Auto Garage yang telah bersama-sama memastikan ianya berada dalam keadaan yang sangat hebat seperti sekarang. Talaan dari Mat Yie Kelspeed juga telah membuatkan kuasa yang dihasilkan berada di tahap yang sangat membanggakan. Tahniah kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan kewujudan jentera ini di arena perlumbaan drag di Malaysia!

Spesifikasi

Kereta : Proton Satria

Enjin : Mitsubishi

Modifikasi Enjin : Blok 4D68T, GSC Power Division hi-cam stage 3 & retainer, valve Ferrea, piston Ross, injector ID high imp 2200cc, NGK Plug Cable, crank shaft 4G63T Evo 3, throttle body kustom, intake kustom, fuel tank alloy kustom, fuel regulator Sard, Fuel rail Madness, fuel pump OBX, Peterson fuel filter, wastegate Tial, blow-off Tial, extractor banana ADM, intercooler AVS, campulley AEM, turbo Garret GTX40, boost controller Turbosmart, Samco Sport hose

Transmisi : Gearbox 4G63T, Cusco LSD, Quatermaster clutch

Elektronik : Microtech LT10s, X4, MSD 6 Plus

Suspensi & Cesi : Adjustable BC

Sistem Brek : 4G63T Evo 3

Roda & Tayar : Rim Atara Racing Pisang + tayar M/T 28×10.5×15 (depan), rim Advan RG 17 inci (belakang)

Dalaman : Seat Recaro Evo, stereng OMP 3 spoke, Rollcage Cusco, meter (fuel press, water temp, oil press) Works, meter RPM + Shift light Auto Meter, boost meter Apexi

Luaran : Bodypart Evo II (depan)

Bengkel & Tuner : Notti Garage, NZ Auto Garage, Mat Yie Kelspeed (tuner)

Pemilik : Iwan Mee Udang

GALERI : 

Foto : Khyroll Adzham

 

Share.

About Author

Leave A Reply