Promosi ‘Syioknya Raya’ BHPetrol – Pelbagai hadiah menarik tersedia menanti anda

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Bersempena dengan bulan Ramadhan serta sambutan Hari Raya Aidifitri yang bakal menjelma, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) sentiasa ingin menghargai para pengguna yang sentiasa menyokong mereka dengan menyediakan pelbagai promosi menarik. Bermula dari 1 Mei 2019 hingga 30 Jun 2019, dengan membeli mana-mana produk terpilih di stesen BHPetrol (BHPetromart), anda layak menyertai peraduan yang tersedia dengan pelbagai hadiah menarik.

Promosi ini diadakan di lebih 280 buah stesen yang mengambil bahagian.  Terdapat pelbagai produk dari 21 jenama ditawarkan pada harga hebat sepanjang tempoh promosi. Para pelanggan yang membeli mana-mana produk promosi layak menyertai peraduan ‘Syioknya Raya’ hanya beberapa langkah mudah :

  1. Ambil gambar resit pembelian lengkap dengan nama serta nombor MyCard
  2. Hantar gambar lengkap tersebut melalui aplikasi Whatsapp ke 018-2989 600

Antara hadiah hebat yang menanti para pemenang bertuah peraduan ini adalah 2 buah telefon Samsung Galaxy S10 untuk pemenang utama, 4 buah televisyen untuk setiap seorang pemenang tempat ke-2, 8 buah Nintendo Switch setiap seorang bagi tempat ke-3 serta baucar RM300 bagi 30 orang pemenang hadiah saguhati.

“Ini adalah matlamat kami dalam menyediakan kemudahan dan produk terbaik pada setiap masa untuk para pelanggan kami. Bagi promosi yang berlangsung sepanjang Ramadan hingga Hari Raya ini, kami menawarkan pelbagai produk di semua BHPetromart  untuk memenuhi keperluan para pelanggan. Pada masa yang sama juga, mereka boleh memenangi pelbagai hadiah menarik apabila mereka berbelanja di BHPetromart”, kata Pengurus Runcit Kanan Pemasaran BHPetrol, En Azhan Dolhalit.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai promosi dan produk BHPetrol, layari www.bhpetrol.com.my.

Share.

About Author

Leave A Reply