Peraturan Penggunaan Cermin Gelap Diumumkan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Hari ini, Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mengumumkan peraturan baru penggunaan cermin gelap bagi semua kenderaan bermotor milik persendirian. Pengumuman tersebut telah dilakukan oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid dalam satu sidang media di kementerian tersebut.

 

Peraturan baru ini telah menetapkan kadar ketelusan cahaya bagi cermin hadapan kenderaan adalah 70%, cermin sisi hadapan pula adalah 50% manakala cermin penumpang belakang pula adalah 30%. Kebenaran ini hanyalah untuk kenderaan milik persendirian sahaja mankala bagi kenderaan yang berdaftar sebagai pengangkutan awam serta barangan, kadar ketelusan cahaya tidak boleh kurang dari 70%.

RM5,000 untuk cermin lebih gelap

Bagi pemilik kenderaan yang ingin menggunakan cermin lebih gelap daripada yang telah ditetapkan atas sebab kesihatan, mereka haruslah mendapatkan pengesahan bertulis daripada pihak perubatan kerajaan dan tidak akan dikenakan sebarang caj atau fi.

Bagi permohonan atas dasar keselamatan pula, mereka akan dikenakan fi RM50 dan bagi setiap permohonan yang lulus akan dikenakan fi sebanyak RM5,000 bagi tempoh 2 tahun. Mereka juga perlu memohon semula jika kelulusannya sudah tamat tempoh.

Mengenai persoalan mengapa pemohon yang ingin menggunakan cermin lebih gelap atas faktor keselamatan dikenakan fi, YB Anthony Loke Siew Fook menjelaskan bahawa kebanyakkan yang akan memohon adalah dikalangan mereka yang berkemampuan serta berprofil tinggi. Maka tiada sebarang masalah untuk melakukan pembayaran. Setiap permohonan juga akan dilakukan penilaian oleh satu jawatankuasa khas sebelum dilulukan oleh pihak Menteri. Status permohonan tersebut turut akan diperiksa terlebih dahulu oleh pihak PDRM.

 

Share.

About Author

Leave A Reply