Pengurusan Tertinggi Rovelo Membuat Lawatan ke STC TYRE MART SDN BHD serta “Rovelo Dealer Appreciation Dinner”

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

STC Tyre Mart Sdn Bhd merupakan pengedar tunggal Rovelo Tyres di Malaysia. Rovelo menghasilkan tayar bagi melengkapkan permintaan terhadap pasaran dengan membina produk-produk yang berkualiti dalam memberi persaingan kepada para pesaing yang ada diluar sana. Di antara barisan tayar Rovelo yang dihasilkan adalah SPORT A1, RHP-A68, RHP-778, RACER R1, and ROADQUEST AT.

Depan dari kiri- Will Yan (Business Development Manager), David Ji (Vice President), Clare Law (Snr VP, Head of Spore Operations & Supply Chain), Yuan Zhong Xue (Chairman) , Cham Soon Kian (Executive Vice President, CEO of Malaysia), Bruce Zhou (Vice President), Sam Zhou (Assistant President). Belakang dari kiri – Conson Tiu Sia (Deputy CEO Msia, Stamford Tyres) , Chng Lee Lee (HOD Finance & Operations of Stamford Tyres Malaysia), Chye Chew Yong (AM of Purchasing & Mktg Stamford Tyre Malaysia), Ang Beng Loo (Sales Mgr of Rovelo & SSW Stamford Tyre Malaysia) ,Tang Kay Kay (Senior Purchasing Manager Stamford Tyres) , Erwin Chua (General Manager Stamford Tyres Indonesia), Andy Wang (Sales Director)

Pada 12 Mac 2019 yang lepas, beberapa orang dari pihak pengurusan tertinggi Rovelo telah berkunjung ke  STC Tyre Mart Sdn Bhd. Mereka terdiri daripada Pengerusi Rovelo, Mr. Yuan Zhong Xue, Naib Presiden, Mr David Ji dan Mr Bruce Zhou, Pembantu Presiden, Mr Sam Zhou, Pengarah Jualan, Mr Andy Wang  serta Mr Will Yan, Pengurus Pengurusan Perniagaan.

Kedatangan semua tetamu kehormat itu bertujuan untuk membuat lawatan ke STC Tyre Mart Sdn Bhd serta menghadiri ‘Rovelo Dealer Appreciation Dinner’. Majlis makan malam ini juga merupakan satu tanda penghargaan dan juga alu-aluan di atas kedatangan mereka semua daripada pihak STC Tyre Mart Sdn Bhd, Singapore Tyres International Ptd Ltd dan PT Stamford Tyres Distributor Indonesia.

Para tetamu kehormat ini turut ditemani oleh Mr. Wee Kok Wah Presiden Stamford Tyres, Mrs Wee Pengarah Eksekutif Stamford Tyres,  Ms. Clare Law, VP Kanan, Ketua Operasi & Rangkaian Bekalan Singapura, Ms. Tang Kay Kay, Pengurus Pembelian Kanan Stamford Tyres, Datin Anne Leong Pengarah Malaysia, Mr. Cham Soon Kian, Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia, Mr. Conson Tiu Sia Naib Presiden Kanan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia, Ms. Chng Lee Lee Ketua Kewangan dan Operasi, Mr. Ang Beng Loo Pengurus Jualan Rovelo, Ms Chye Chew Yong Ketua Pembelian & Pemasaran dan Mr. Erwin Chua Pengurus Besar Stamford Tayar Indonesia.

Pada hari berikutnya, 13 Mac 2019, para tetamu kehormat Rovelo telah menghadiri mesyuarat yang telah diadakan di STC Tyre Mart Sdn Bhd serta membuat lawatan ke gudang yang bertempat di Glenmarie, Shah Alam. Setelah selesai, kesemua mereka telah dibawa melawat  4 wakil pengedar Rovelo iaitu MK Tyre Centre di Shah Alam , Ban Hooi di Shah Alam, YB Tyre Services di Pandan Indah dan STC Tyre Retail Cheras di Taman Maluri Cheras. Setelah habis melawat, para tetamu kehormat Rovelo telah pulang semula ke hotel sebelum di berangkat ke majlis ‘Rovelo Dealer Appreciation Dinner’. Majlis makan malam yang diadakan oleh STC Tyre Mart Sdn Bhd bertempat di Seafood World bertempat di Plaza 33 bertujuan untuk memberi penghargaan kepada 24 wakil pengedar Rovelo. Para tetamu kehormat yang hadir telah menyampaikan ‘Dealer Appreciation Award’ kepada 24 wakil pengedar tersebut. Mereka yang hadir benar-benar berasa gembira dan teruja kerana dapat bertemu dengan para tetamu kehormat yang juga pihak pengurusan tertinggi Rovelo.

GALERI 

Share.

About Author

Leave A Reply