Penggila “Mokit” – Hobi orang dewasa yang luar biasa!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Hobi merupakan sesuatu yang perlu ada dalam diri setiap manusia. Banyak kebaikkan yang kita boleh dapat melalui hobi. Tanpa hobi pastinya kehidupan seseorang itu amatlah membosankan… Ya, setiap orang hobinya berlainan dan banyak cabangnya, namun, ia mampu membuatkan seseorang itu lebih kreatif dalam hidupnya disamping boleh mengisi masa terluang dari melakukan perkara yang tidak bermanfaat.

 

Bagi mereka yang meminati motosikal atau apa sahaja kenderaan idaman, pasti akan menyimpan hasrat untuk memilikinya pada suatu masa nanti. Tetapi adakah setiap impian itu menjadi kenyataan? Dengan adanya usaha, ianya pasti menjadi realiti. Namun ia tidak mustahil jika kita sendiri boleh membina kenderaan tersebut hanya dengan menggunakan model kit yang menyerupai kenderaan tersebut.

 

Paparan kali ini kita menampilkan 2 orang yang amat mahir dalam memasang dan mengumpul kit-kit mainan yang menyerupai kenderaan yang sebenar. Bagi mereka, hobi seperti ini memerlukan minat serta tahap kesabaran yang tinggi.

 

Setiap model kit yang didatangkan adalah lengkap, namun, terdapat pula beberapa aksesori yang mereka terpaksa beli berasingan untuk menampakkan model tersebut tampak lebih menarik secara keseluruhannya. Selain itu juga, kreativiti dan fokus yang lebih diperlukan semasa hendak memasang model kit terbabit mengikut kehendak yang kita mahukan.

 

Jika tersilap langkah, kit mainan yang sudah di warnakan atau dipasangkan dengan pelekat perlu diperbaiki semula. Setiap model kit yang hebdak dipasang biasanya mengambil masa 2 hingga ke 4 minggu untuk disiapkan bergantung kepada jenis dan konsep yang hendak ditampilkan.

Harga bagi sesebuah model kit ini juga bergantung kepada jenama ataupun model kenderaan tersebut. Jangan silap, kadang-kadang anda melihat ianya sebuah model yang sudah lama atau buruk, namun harganya boleh meningkat beberapa kali ganda disebabkan ianya sudah tidak lagi dijual di pasaran. Dengan ketelitian yang tinggi serta hasil kerja tangan yang memang kreatif, hasil yang mampu dipersembahkan selepas itu bakal memuaskan hati bukan sahaja pembuatnya, malah mereka yang melihatnya juga pasti terpukau.

Dengan hasil kerja yang mengagumkan, mereka turut mengambil upah untuk memasang model kit dari orang perseorangan yang ingin mengilhamkan kenderaan mereka kepada kit mainan dengan upah yang amat berpatutan. Melalui hobi ini juga, mereka dapat meluangkan lebih masa di rumah bersama ahli keluarga. Dengan koleksi yang dipaparkan, kita boleh tahu yang hasil kerja mereka amatlah hebat! Tahniah buat saudara Mohd Shahir dan Rafie Noh. Hasil tangan mereka memang patut dibanggakan.

Foto : Mohd Shahir & Aie Mins@Perotography

GALERI : 

Share.

About Author

Leave A Reply