Honda C70 -StreetCub “ABU”

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Fenomena yang dicetus menghasilkan sebuah motosikal klasik bergaya dan hebat di atas jalanraya Malaysia

Buat kali pertamanya, Shift tahun 2014 memaparkan jentera beroda dua sebagai info tambahan sebagai bahan bacaan anda semua. Biasanya rakyat Malaysia sekarang akan beranggapan bahawa motor-motor lama seperti Honda Cub ni sebagai motosikal yang layak dibuat serta dibina semula dengan rupa klasik dan retro. Namun sesetengah mereka pula telah memandang lebih jauh terhadap modifikasi sesebuah motosikal lama ini dengan idea yang lebih ekstrem.

 

 

Dengan rekabentuk yang menarik serta ketahanan badan serta enjinnya, motosikal lama seperti Honda Cub ini sangat menjadi tarikan pada ramai peminatnya di sana. Di negara kita sekarang terdapat pelbagai komuniti yang menjadikan motosikal seperti ini untuk diubahsuai dengan pelbagai gaya serta citarasa masing-masing. Seperti di negara luar, motosikal gaya ‘street’ ini sudah lama terkenal. Oleh yang demikian, ianya telah menarik perhatian satu komuniti baru di Malaysia untuk mengubahsuai jentera mereka ini untuk kelihatan seperti sebuah jentera yang unik, menarik serta bergaya mengikut citarasa masing-masing.

Shift telah memaparkan Sebuah jentera Honda C70 yang telah diubah dengan gaya ‘street cub’ dan telah diberi gelaran nama “ABU” oleh pemiliknya iaitu saudara Yusof Razalli atau lebih dikenali dengan panggilan Kecik dikalangan kenalannya.

ABU telah dibina berasaskan rangka serta cesi Honda C70 yang cukup lengkap sifatnya. Oleh kerana ianya ingin dibina semula untuk menjadi sebuah ‘street cub’, kesemua peralatan asalnya telah di ceraikan termasuk enjinnya yang perlu di ‘overhoul’ semula. Proses untuk menjadikannya seperti yang dapat dilihat sekarang bukanlah semudah yang disangka. ‘Fork’ hadapan atau sepit udang telah di lebarkan dengan tambahan plat besi yang kuat dibahagian tengah untuk menempatkan tayar yang bersaiz besar dibahagian hadapan sebelum disalutkan dengan kemasan krom keseluruhannya.

Setelah itu, bahagian ekor motosikal ini turut dipotong serta dikustomkan semula supaya tidak menganggu semasa proses pemasangan tayar bersaiz besar dan lebar. Sistem pengendalian motosikal ini telah menggunakan tapak pemegang yang asal C70 yang dikustomkan dan dipasangkan dengan besi pemegang basikal ‘fixie’ yang tegak pada klip pemegang Racing Boy. Di bahagian tengahnya turut dipasangkan dengan sebuah meter yang disambungkan terus pada roda hadapan bagi mengukur kelajuan. Untuk pengetahuan, ABU dipasangkan dengan sistem brek basikal untuk bahagian hadapan dan ‘throttle’ berjenama Daytona. Hebat kan…

‘Swing arm’ bagi motosikal ini telah dipasangkan dari model EX5 Dream yang lebih kukuh berbanding yang lama dan disambungkan kebahgian badan dengan absorber model Honda Wave. Badan ABU kemudiannya dilengkapkan lagi dengan pemasangan rim aloi hitam Racing Boy Motard bersaiz 3.5 x 17 inci dengan tayar Duro 110/60 untuk bahgian hadapan dan 4.5 x 17 dengan tayar 130/60 untuk bahagian belakang. Selain itu, lampu hadapan, belakang serta signal ABU juga dipasang dari model motard bagi menampakkan lagi gaya ‘street cub’ yang kemas. Tempat duduk ABU pula diambil dari model Honda Cub 90 dengan balutan fabrik bercorak Burberry yang menampilkan gaya lebih mewah. Hehehehehe…..

Akhirnya, enjin C70 asal yang telah direstorasi semula dipasangkan semula pada badan ABU. Karburator Wave 125 serta ekzos besi lurus digunakan bagi membantu menambah kuasa pada enjin ini supaya ABU kelihatan lebih bertenaga semasa ditunggang. Kalau bunyi tu faham-faham sendiri lah ye. Sebelum terlupa, warna Candy Magenta yang dilayangkan pada badan ABU ini membawa tema ABU Jambu + Jahat, *kata tuan ABU. Kecik juga menyampaikan jutaan terima kasihnya kepada Shahafiq (Acheng), Amy (Rambo), Nazri Ng yang turut membantu menjayakan kelahiran ABU, ahli komuniti Backwheels Bitches yang sentiasa memberi idea dan sokongan serta tidak dilupakan pada CRISSIE Clothing dan Twinbladez yang menaja ABU. Dah 3 kali panjat Genting si ABU ni!

 

Spesifikasi Shift!

Motosikal : Honda C70

Enjin : Asal C70, karburator Wave 125, “ekzos kustom”

Modifikasi : Handle clip Racing Boy, fast throttle Daytona, set brek tangan basikal, lampu depan + belakang + signal (motard), tempat duduk C90 kustom Burberry, fork depan krom, meter klasik

Suspensi : Swing arm Honda EX5 Dream, absorber Wave 125

Rim & Tayar : Aloi hitam Racing Boy 3.5×17 + tayar Duro 110/60 (depan), 4.5×17 + Duro 130/60 (belakang)

Warna : Candy Magenta

Pemilik : Kecik Razall

 

Foto : Kenny Yeoh 

GALERI : 

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply