Helmet – Pakai Sahaja Tak Cukup, Pasangkan Tali Keselamatannya

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Baru-baru ini kerajaan ada mengeluarkan kenyataan mengenai kewajipan pemasangan tempat duduk bayi/kanak-kanak di dalam setiap kenderaan. Ianya merupakan satu perkara yang telah lama ditekankan dan sememangnya wajib demi keselamatan anak-anak kita semasa sesi pemanduan. Baiklah, kita rungkaikan tentang perkara ini kemudian.

 

Apa yang hendak difokuskan sekarang adalah mengenai penggunaan topi keledar bagi penunggang serta pembonceng motosikal. Tidak dinafikan, ramai orang di Malaysia ni berkemampuan untuk memiliki pelbagai jenis dan jenama helmet yang terkenal serta bernilai yang ada di luar sana. Namun, terdapat lagi mereka yang tidak suka memasangkan tali ikatan yang telah disediakan pada helmet tersebut.

Tali keselamatan yang terdapat pada helmet tersebut bukan hanya dipasang suka-suka oleh si pengeluar. Ianya bertujuan untuk memastikan helmet tersebut dapat membantu melindungi kepala anda daripada terkena sebarang impak jika berlakunya perkara yang tidak diingini. Walaupun ianya tidak membantu 100%, namun kesannya dapat diminimumkan .

Terdapat lagi golongan-golongan yang memandang remeh tentang perkara ini samada mereka tahu akan kesannya tetapi tidak mahu mempraktikkannya atau memang langsung tidak tahu akan hal ini. jika dilihat di atas jalan-jalan raya, mereka seolah-olah rasa selamat dengan memakai helmet tetapi ianya hanya sia-sia jika tidak dipasangkan tali keselamatannya.

Video kempen keselamatan jalan raya oleh kerajaan satu ketika dahulu

Telah banyak kejadian yang berlaku sebelum ini sehingga melibatkan pengguna jalan raya yang lain sebagai contoh, seorang individu ini memakai helmet tetapi tidak mengenakan talinya telah menunggang di satu kawasan, dengan tiba-tiba, helmet tersebut telah ditolak angin dan terbuka dari kepala beliau seterusnya terpelanting ke arah kenderaan dibelakangnya. Mengenai hal ini, individu tersebut bukan sahaja tidak memikirkan keselamatan beliau, tetapi boleh menjadi punca terjadinya perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

 

Terdapat banyak jenama yang telah mengeluarkan pelbagai jenis bentuk dan rekaan yang bukan sahaja cantik dan tampak hebat tetapi ianya turut bertujuan untuk memastikan kepala yang dilindungi itu terselamat. Akan tetapi, jika ianya tidak dikenakan dengan betul dan sempurna, tidak mustahil helmet tersebut tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Hanya dengan melakukan ikatan dibawah dagu anda tidak sampai beberapa saat, ianya mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda sendiri.

Kepada semua penunggang yang ada di luar sana, ingatlah, nyawa kita hanya satu. Hargai dan jagalah dengan sebaik mungkin kerana Anda Boleh Mengubahnya! Tidak perlu tunggu kempen, baru nak sedar…

 

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply