Drawyourbike – Hasil Seni Tangan Menakjubkan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kisah seorang anak muda yang begitu kreatif dan berkebolehan dalam melukis gambar kereta dan motosikal membuatkan beliau dikenali 

Nursyafarin

Biasanya, ramai akan merakamkan gambar mereka sebagai kenangan hanya dengan menyimpan dalam telefon yang semakin canggih ataupun diframekan untuk digantung sebagai tatapan. Namun, tidak ramai yang tahu, di negara kita terdapat beberapa orang yang amat kreatif untuk menghasilkan lukisan sama seperti yang digambarkan.

Perbandingan di antara tahun 2008 dan 2018

Teknik melukis yang betul dengan penggunaan alatan yang bersesuaian pasti akan membuahkan hasil kerja yang amat berkualiti dan kreatif. Berusia awal 21 tahun, Muhammad Nursyafarin bin Mohd Noor yang berasal dari Kelantan, tidak menyangka minatnya melukis sejak dari umur 5 tahun akhirnya telah membuatkan beliau terkenal sebagai seorang pelukis yang terkenal dikalangan peminat serta pemilik kereta dan motosikal di Malaysia. Perkongsian di Instagram “Drawyourbike” milik beliau dengan menampilkan beberapa gambar lukisan kereta dan motosikal telah menarik minat ramai diluar sana untuk menempah hasil kerja tangan hebat ini.

Bukan mudah pada mulanya untuk menghasilkan sesuatu gambar itu. Namun, dengan latihan dan usaha yang tidak henti ternyata ianya telah membuahkan hasil. Dari minat, ianya juga telah dapat menjana pendapatan bagi diri beliau sendiri dengan menghasilkan pelbagai gambar yang ditempah oleh para pelanggan yang tidak putus-putus hingga sekarang.

Antara alatan yang digunakan untuk menghasilkan setiap lukisan yang berkualiti tinggi ini adalah seperti Prismacolor, Faber Castell Polychromos, Copic Marker Black dan pelbagai lagi. Beliau juga pernah melukis Volkswagen Golf R milik pelakon Pekin Ibrahim serta jentera MotoGP yang ditunggang oleh pelumba negara Hafizh Syahrin sewaktu bersama pasukan Monster Yamaha Tech 3.

Walaupun beliau merupakan  seorang pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di UiTM Pulau Pinang, ianya tidak menjadi penghalang untuk beliau terus berkarya dan menghasilkan pelbagai lukisan hebat bagi para pelanggan dan peminatnya. Beliau juga sentiasa te;iti da;am setiap lukisan yang dihasilkan sehingga apabila melihat hasilnya, ia benar-benar sama!

Klik pautan dibawah untuk melawat Instagram beliau :

https://instagram.com/drawyourbike?utm_source=ig_profile_share&igshid=1pguabijaikv0

Galeri :

Share.

About Author

Leave A Reply