BOOST!! – Betapa pentingnya fungsi alat boost controller?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Seperti yang diketahui, boost merupakan udara mampatan bertekanan tinggi dalam ruangan intake manifold sebuah enjin yang berkuasa turbo atau supercharger. Secara am, sebuah enjin turbo akan menghasilkan kuasa yang lebih tinggi apabila tahap boost ditingkatkan asalkan, nisbah A/F berada pada tahap optima atau selamat, tidak mengalami detonation dan kapasiti turbin tersebut tidak dilampaui. Talaan enjin, mencapai nisbah bahan api/udara optima dan ignition timing yang tepat bukanlah mudah dan perlu dijelaskan dalam perbincangan yang lain. Perbincangan mengenai boost controller kali ini adalah dengan angappan talaan enjin berada pada tahap optima.

Tambahan tekanan boost adalah sesuatu yang baik sekiranya kamu menginginkan kuasa tambahan, tetapi tanpa kawalan, tekanan boost yang terlalu tinggi adakalanya akan memburukkan keadaan. Dalam beberapa kes, turbin yang dilengkapkan dapat menghasilkan kuasa yang jauh lebih tinggi dari jumlah yang dapat ditampung sesebuah enjin tersebut. Apabila ini berlaku, bahagian yang lemah seperti gasket atau con-rod pada sebuah enjin itu akan rosak dengan mudah.

Jadi bagaimanakah boost dapat dikawal pada sebuah enjin turbo? Semua enjin gasolin moden bergantung kepada sebuah alat wastegate untuk mengawal kadar tekanan boost. Wastegate merupakan sebuah injap gas ekzos yang akan membuka dan menutup bergantung kepada isyarat yang dihantar kepadanya. Injap pada sebuah wastegate tidak akan membuka apabila isyarat yang dihantar kepada diafragma wastegate tidak cukup tinggi untuk mengatasi tekanan statik gegelung pada injap wastegate tersebut.

Wastegate dapat mengawal tahap tekanan boost dengan mengawal aliran gas ekzos yang masuk kepada perumah bilah turbin. Apabila injap wastegate terbuka, gas ekzos dilencongkan dari memasuki turbin tersebut lalu tidak dapat memutarkan bilah-bilah turbin. Gas ekzos berlebihan ini melalui wastegate dan akan disalurkan keluar melalui sistem ekzos atau terus ke luar.

Tidak terkira jenis boost controller atau bertapa rumit operasinya, semua alat boost controller meningkatkan dan mengawal tekanan boost dengan mengubah isyarat yang akan dihantar ke wastegate.

Terdapat dua kategori utama alat boost controller. Boost controller manual menggunakan injap “makanikal”, untuk mengubahsuaikan isyarat yang dihantar kepada wastegate. Tentunya kamu pernah melihat injap yang digunakan untuk mengawal jumlah oksigen yang memasuki akuarium yang biasanya digelar sebagai boost controller “tulang-ikan”. Kelebihan mekanikal boost controller adalah ketahanan lasaknya dan rekaan yang amat asas. Walaupun ia mempunyai kelebihan tersebut, majoriti besar boost controller elektronik yang direka dengan baik menawarkan lengkungan tindakbalas boost yang lebih cepat, dan ada kalanya sistem litar ‘feedback’ yang menawarkan tekanan boost yang lebih stabil. Namun, alat boost controller elektronik lebih mahal berbanding jenis yang mekanikal.

Alat boost controller elektronik pula jatuh dalam dua kategori, open-loop atau closed-loop. Alat boost controller open-loop menggunakan input (yang ditentukan pemandu atau ada kalanya kelajuan engine dan signal rpm) untuk mengaktifkan solenoid (sebuah injap elektronik) supaya berfungsi pada duty-cycle yang ditentukan. Duty-cycle merupakan peratusan injap wastegate dibuka berbanding jumlah masa ia tertutup. Pada majoriti alat boost controller dan konfigurasi pemasangan, duty-cycle yang lebih tinggi memberikan tekanan boost yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian kerana pemasangan atau konfigurasi yang tidak sempurna akan mengakibatkan kerosakkan enjin dan kerana ini, ia amatlah penting supaya buku panduan alat boost controller tersebut difahami terdahulu.

Alat boost controller closed-loop pula mengukur tahap tekanan boost dahulu sebelum melakukan sebarang peningkatan boost supaya dapat mencapai tahap boost yang telah ditetapkan. Semua boost controller closed loop menggunakan sebuah sensor seperti MAP sensor (manifold absolute pressure) supaya dapat mengukur tekanan boost dalam manifold pengambilan. Controller jenis closed loop membandingkan tekanan boost yang sedia ada dengan tahap boost yang diingini oleh pemandu. Ianya kemudianya akan menghantar isyarat kepada solenoid duty-cycle supaya dapat meningkatkan atau mengurangkan tahap boost supaya tekanan boost sentiasa berada pada tahap yang diingini.

Boost controller yang paling efektif pun bukanlah jawapan segala masalah kepada enjin bercas turbo. Sekiranya kamu mempunyai sebuah wastegate atau turbo yang tidak sesuai untuk aplikasi anda, enjin kamu tidak akan dapat berprestasi pada tahap tertingginya. Sebagai contoh, kalau turbo yang dilengkapkan pada enjin anda terlalu kecil, alat boost controller akan mencuba untuk langsung menutup isyarat kepada solenoid, tahap tekanan boost dari turbo tersebut tidak akan dapat mencapai tahap yang tinggi. Begitu juga kalau turbo anda terlalu besar, alat boost controller tidak akan dapat mengurangkan tekanan boost ke tahap yang diingini. Dalam kes seperti ini, secara umumnya, adalah masalah wastegate yang terlalu kecil dan boleh merbahayakan enjin anda sekiranya tekanan boost yang sedia ada melebihi tahap selamat.

Secara kesimpulan, memilih sebuah boost controller boleh menjadi proces yang amat rumit, terutamanya dengan begitu banyak pilihan di pasaran masa kini. Pastikan dulu apa yang diingini dan dapatkan maklumbalas dari pengguna lain mengenai sesebuah boost controller itu sebelum membelinya. Boost controller yang dipilih mesti melengkapkan spesifikasi keinginan kamu dan kemampuan enjin anda.

Share.

About Author

Leave A Reply