Tempahan Pra-Pelancaran LEXUS NX300 Terbaharu – Jadi Yang Terawal

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Lexus Malaysia kini mula mengambil tempahan awal pra-pelancaran bagi model SUV mewah urban Lexus NX300 2019. Model ini merupakan salah satu daripada SUV paling bergaya dan selamat dalam kategorinya.

Lexus NX telah menakluk imaginasi dan rasa kagum pengguna yang menghargai SUV berkenaan bukan sahaja kerana ketelitian buatannya, malah keselesaan dan kemasan yang ditampilkan. Versi 2019 terbaru kini menerima sistem keselamatan termaju, Lexus Safety System + (LSS+) yang meletakkan penawaran bagi ciri keselamatan aktif pada model ini berada selangkah di hadapan.

Tiga varian ditawarkan bagi Lexus NX terbaru ini, iaitu NX300 Premium, NX300 Urban dan NX300 F-Sport dengan semuanya menerima kemaskini dari aspek kelengkapan untuk menjadikannya lebih menarik dan berbaloi dengan nilai tambah tersendiri. Nikmati pemanduan SUV ini yang dibangunkan melalui konsep teras dikenali sebagai “Premium Urban Sport Gear”.

Kemaskini terpenting yang diberikan pada versi terbaru model NX ini ialah Lexus Safety System + yang terdiri daripada pelbagai ciri keselamatan aktif canggih yang bukan sekadar mampu menghindarkan kemalangan disebabkan kelekaan pemandu, tetapi turut berupaya mengurangkan kesan dan kecederaan pada penumpang sekiranya berlaku perlanggaran. Kebanyakan sistem yang ada juga menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih menyenangkan dengan cara mengurangkan tekanan ketika memandu, terutamanya ketika di dalam persekitaran bandar.

HARGA :

Ciri-ciri seperti Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Bantuan Pengesan Lorong (LTA), Amaran Pertukaran Lorong (LDA), Bantuan Brek Pra-Perlanggaran, Kawalan Melayar Radar Dinamik (DRCC), Bantuan Belokan Aktif (ACA), Amaran Sokongan Parkir dan Sistem Lampu Tinggi Adaptif (AHS) merupakan sebahagian daripada senarai yang memperkaya pengalaman pemanduan bagi model Lexus NX terbaru ini.

Selain itu, aspek lain turut diberikan perhatian oleh jurutera terlibat untuk memperhalusi lagi penawaran pada Lexus NX ini. Bagi beberapa variannya, penyerap hentak prestasi atau rod prestasi digunakan untuk memantapkan lagi casis. Dibangunkan bersama Yamaha, penyerap hentak berkenaan membantu mengurangkan gegaran dan menghindari kesan yang datang dari permukaan jalan keras yang melalui badan SUV ini, menjadikan suasana penumpang lebih tenang dan selesa.

Keseluruhannya terdapat tujuh pilihan warna bagi Lexus NX300 2019, termasuk Blazing Carnelian, Amber CS, Sonic Titanium, Sonic Quartz, Graphite Black GF, Red MC CS dan Sparkling Meteor ME. Bagi NX300 F-Sport pula, ia turut ditawarkan dalam warna khas Heat Blue CL atau Lava Orange CS.

Lexus NX baru ini diimport sepenuhnya oleh Lexus Malaysia dan ditawarkan dengan jaminan komprehensif lima-tahun tanpa had perbatuan. Sokongan penuh lepas jualan juga disediakan di tujuh lokasi seluruh Malaysia, dan akan dikendalikan oleh juruteknik profesional yang telah menerima latihan pakar daripada Lexus.

 

Share.

About Author

Leave A Reply