Seperti yang ramai sedia maklum, acara Toyota Gazoo Racing telah pun berjaya dianjurkan di 4 lokasi iaitu yang pertama di Kuala Terengganu, MAEPS Serdang, Batu Kawan di Pulau Pinang dan yang terakhir sekali di Litar Antarabangsa Sepang yang baru sahaja melabuhkan tirainya semalam. Selain dari menonton perlumbaan, para pengunjung yang datang juga disediakan dengan pelbagai aktiviti menarik dan menghiburkan. Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan artis kegemaran mereka serta melihat pelbagai model-model kenderaan terbaharu dari Toyota.
Acara ini menampilkan perlumbaan Toyota Vios Challenge yang dibahagikan sebanyak 3 kategori iaitu Super Sporting Class, Sporting Class dan juga Promotional Class yang terdiri daripada para pelumba berpengalaman serta barisan artis yang terpilih untuk bersaing dalam setiap kategori dipertandingkan.
Persaingan bagi perlumbaan di Sepang dapat dilihat begitu hebat sekali. Mereka semua berlumba di atas litar sebenar yang benar-benar menguji kecekepan pemanduan serta ketahanan jentera masing-masing. Bagi perlumbaan ke-2 semalam, perlumbaan bagi kategori kelas Super Sporting telah dimenangi oleh William Ho yang mewakili pasukan Kegani Racing diikuti oleh Eddie Liew dari Team Nanoplus dan Alif Hamdan dari Laser Motor Racing ke-3.
Dalam kelas Sporting, Brendon Lim memastikan beliau dapat memimpin perlumbaan hingga ke pusingan terakhir dan diikuti oleh Eric Yong dari ST Wangan Racing Team ke-2 dan Dato’ Ken Foo dari Kulim Top Wheels ke-3.
Perlumbaan yang amat menjadi perhatian adalah kelas Promotional. Ini kerana, perlumbaan ini disertai oleh barisan artis terkenal. Bagi perlumbaan kedua dalam kelas ini, Khai Bahar membuktikan beliau dapat menawan litar antarabangsa ini dengan begitu mudah meninggalkan Wany Hasrita di kedudukan ke-2 manakala Akio Takeyama ke-3. Kesemua perlumba nampaknya telah berusaha keras untuk memastikan mereka dapat menamatkan perlumbaan di kedudukan yang terbaik.
Juara keseluruhan bagi kesemua perlumbaan Toyota Vios Challenge telah dinobatkan mengikut kelas masing-masing. Diana Danielle telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kelas Promotional diikuti oleh Boy Wong dari ST Wangan Racing telah mengungguli kelas Super Sporting manakala Brendon Lim dari Tedco Racing bagi kelas Sporting.
Keputusan Perlumbaan 2, Pusingan 4, Litar Antarabangsa Sepang
SUPER SPORTING CLASS
- William Ho Kegani Racing
- Eddie Liew Team Nanoplus
- Alif Hamdan Laser Motor Racing
- Keifli Othman Team Nanoplus
- Freddie Ang Telagamas Toyota
SPORTING CLASS
- Brendon Lim Tedco Racing
- Eric Yong ST Wangan Racing Team
- Dato’ Ken Foo Kulim Top Wheels
- Hayden Haikal Prodigy Racing
- Kenneth Koh Panglima City Racing Team
PROMOTIONAL CLASS
- Khai Bahar
- Wany Hasrita
- Akio Takeyama
- Aiman Tino
- Akim Ahmad
Keputusan Penuh TOYOTA VIOS CHALLENGE Musim ke-2
SUPER SPORTING CLASS
- Boy Wong ST Wangan Racing 95 points
- William Ho Kegani Racing 86 points
- Brendan Paul Anthony Dream Chaser 73 points
- Keifli Othman Team Nanoplus 67 points
- Syafiq Ali M7 Racing Team 65points
SPORTING CLASS
- Brendon Lim Tedco Racing 86 points
- Eric Yong ST Wangan Racing Team 85 points
- Kenneth Koh Panglima City Racing Team 81 points
- Patrick Tam Team Nanoplus 68 points
- Dato’ Ken Foo Kulim Top Wheels 56 points
PROMOTIONAL CLASS
- Diana Danielle 100 points
- Aiman Tino 94 points
- Akim Ahmad 92 points
- Nabil Ahmad 80 points
- Wany Hasrita 63 points
GALERI / Foto : TOYOTA MALAYSIA