Shift sebelum ini merupakan sebuah majalah bulanan yang diterbitkan oleh Image Factory Sdn Bhd dengan memaparkan pelbagai jentera berprestasi tinggi, berita-berita automotif terkini, peralatan berteknologi tinggi untuk kenderaan, acara-acara permotoran dari dalam dan luar negara serta pelbagai info mengenai teknologi permotoran dari seluruh dunia. Shift bukan sahaja menjadi tapak bagi memperkenalkan dan memberitahu pelbagai info terbaharu malah ianya juga membantu dalam meningkatkan lagi industri permotoran.
Diwujudkan sejak tahun 2006 sehinggalah sekarang, Shift sudah menjangkau usia lebih dari 1 dekad berada di pasaran Malaysia termasuk Sabah & Sarawak, Singapura, Brunei dan juga tidak ketinggalan Indonesia.
Subscribe to our newsletter: